Get $25 free
loading...

“Saya Ingat OKU Ni Pemalas” – Aliff Syukri Dedah Cerita Sebenar Pemuda OKU Bernama Syukri

Sebelum ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah mendedahkan seorang pemuda kelainan upaya (OKU) bernama Syukri yang bersusah payah datang dari Johor demi bertemu dengannya yang dianggap sebagai idola.

BACA : “Patut Tak Saya Beli Bas?” – Kereta Tak Muat, Aliff Syukri Mahu Beli Bas

“Kami panggil dia Boy. Ketika mula-mula datang ke rumah kami, dia kata mahu bekerja dengan gaji RM500 sahaja.

“Saya sebenarnya tidak pernah mengambil pekerja OKU kerana risau persepsi golongan ini pemalas, tetapi berbeza bagi Syukri. Dia sangat rajin bekerja!

“Malah, adakalanya dia menemani saya mendaki bukit, menjaga stor, memandu, pandai menjaga Yusoff dan macam-macam lagi,” – jelas Aliff Syukri kepada Gempak

Aliff menjelaskan, walaupun ramai yang memintanya menjadikan Syukri sebagai anak angkatnya, dia menolaknya dengan cara baik dan kini mengambilnya bekerja bersama mereka.

Apa yang menariknya, Aliff Syukri mendedahkan bahawa Syukri sebenarnya memiliki pasangan kembar perempuan yang memiliki sifat sempurna dan boleh bertutur secara normal.

Abang kepada Syukri pernah menghubunginya untuk berterima kasih atas budi baik mereka menjaga adiknya dan difahamkan ibu kepada Syukri bekerja sebagai seorang penoreh getah.

“Saya Ingat Dia Perompak” – Aliff Syukri Terkejut Peminat OKU Datang Minta Kerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...