Get $25 free
loading...

“Kadang-kadang Bunyi ‘Pret’…” – Luna Maya Mengaku Suka Kentut Di Lokasi Penggambaran

Pelakon jelita Indonesia, Luna Maya mengaku kerap membuang angin terutama semasa berada di lokasi penggambaran.

BACA : Cinta Laura Beli Berus Gigi Secara Online Gara-gara Terlampau Sibuk

Luna mendedahkan perkara terbabit menerusi rancangan bual bicara Mak Inpoh baru-baru ini dan mengatakan dia sering menutup malunya itu dengan menyalahkan orang lain.

“Kalau betul-betul terkeluar (kentut) dan ternyata ada bau, ada diam sahaja?” soal hos rancangan itu, Sarah Sechan.

“Tidak, paling-paling pun tanya balik bau apa ni?” jawabnya berseloroh dengan menyalahkan individu berdekatannya.

Malah, tambah bekas kekasih Reino Barack itu, tindakan tidak sengajanya itu bukanlah dilakukan secara terang-terangan.

“Biasanya sedikit sahaja. Kadang-kadang bunyi ‘pret’ kadang-kadang ‘ssss’,” tambah Luna lagi.

Pengakuan bersahaja Luna itu mengundang tawa penonton yang hadir untuk menyaksikan rancangan bual bicara itu.

Menerusi perkongsian rasmi di Instagram Mak Inpoh pun ramai tidak menyangka perangai sebenar Luna yang dianggap melucukan itu.

Oh, patutlah juri sebelah Luna Maya semasa Maharaja Lawak Mega 2013 asyik tutup hidung. Heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...