Mungkin ramai yang sedia maklum dengan hubungan intim penyanyi dan pelakon Erra Fazira bersama penyanyi Shahir Zawawi selama empat tahun.
BACA : Shahir Akui Sedia Nikahi Erra Fazira Tidak Lama Lagi
Nampaknya, jodoh mereka tidak sampai ke jinjang pelamin apabila Erra mengakui yang mereka berdua sudah tiada hubungan istimewa dan kini membawa haluan masing-masing sejak enam bulan lalu.
Menurut laporan Metro, Erra juga sudah lama tidak bertemu dengan Shahir dan kali terakhir berjumpa pada awal tahun ini serta mendakwa dirinya sudah ‘move on’.
“Sebenarnya, saya juga sudah ‘move on’. Maklumlah, kami sudah empat tahun dan saya juga sudah matang serta waras untuk berfikir.
“Saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku kerana percaya perancangan Allah SWT lebih baik,” – Erra Fazira
Walaupun sudah bukan pasangan kekasih, Erra memberitahu dia masih berkawan dengan Shahir tetapi ia sekadar hubungan rakan seperjuangan dalam bidang seni dan menjelaskan mereka tidak bergaduh dan masih berhubung menerusi telefon bertanya khabar masing-masiing.
“Soal jodoh, saya lebih suka serahkan pada yang diatur Allah.
“Kalau ada jodoh, saya terima dan jika tidak teruskan kehidupan bersama anak,” – Erra Fazira.
Menurut Erra lagi, dia lebih suka menyerahkan kepada Allah untuk soal jodonya dan jika tiada jodoh, dia akan teruskan kehidupan bersama anaknya.
Shahir Akui Sedia Nikahi Erra Fazira Tidak Lama Lagi