Get $25 free
loading...

Kasihan Pada Ibu, Cik B Serah RM100,000 Ganti Berlian Aishah

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida terkejut apabila anak perempuannya, Cik B membuat kejutan kepadanya dengan menyerahkan wang tunai berjumlah RM100,000 semasa membuat live sidang akhbar bagi menjelaskan mengenai kemelut antaranya dan penyanyi Aishah.

BACA : Datuk Vida Minta Maaf Pada Aisyah, Isu Beri Berlian Palsu

Nur Edlynn Zamileen atau lebih mesra dipanggil Cik B menyerahkan wang tunai mata wang Ringgit Malaysia dan Dollar Singapura itu kerana merasakan dirinya bertanggungjawab untuk membantu ibunya menyelesaikan kemelut dengan Aishah dan tidak mahu lagi melihat Datuk Seri Vida menangis setiap hari memikirkan masalah tersebut.

“Mama (Datuk Seri Vida) pernah mengadu mengenai masalah ini namun Cik B buat tidak kisah sebab tidak mahu mama sedih. Tetapi Cik B sebenarnya kisah dengan masalah yang dihadapi mama dan ia terlalu berat bagi mama.

“Itu sebabnya Cik B rasa terpanggil untuk membantu mama dalam kes ini dan hari ini Cik B menyerahkan hasil jualan produk sendiri iaitu kulit ikan salmon disalut serbuk telur masin yang diberi nama Cik B Chips berjumlah RM100,000,” – Cik B.

Menurut Cik B, dia menggunakan wang hasil jualan produk sendiri iaitu kulit ikan salmon disalut serbuk telur masin yang diberi nama Cik B Chips berjumlah RM100,000 itu, memetik Kosmo!

Dalam sidang akhbar yang berlangsung itu, Datuk Seri Vida mempertikaikan perbuatan Aishah yang bertindak tidak mengikut apa yang telah dipersetujui bersama ketika proses mediasi kes mereka di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur Isnin lalu.

Datuk Vida menjelaskan dia telah bersetuju dengan perbincangan itu agar Aishah memilih sendiri barangan kemas di sebuah kedai emas di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan kes selain membayar kos guaman pihak Aishah.

Video Cik B Beri Duit RM100,000 Pada Datuk Vida Untuk Ganti Berlian Aishah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...