Manusia dengan hiburan memang tidak dapat dipisahkan. Setiap hari, hiburan diperlukan sebagai terapi diri yang kepenantan. Bila sebut pasal hiburan, macam-macam ada dan salah satu yang selalu menjadi pilihan ada berehat di depan tv sambil menonton rancangan kegemaran seperti drama.
Korang sebut je nak drama yang macam mana. Sedih, kelakar, aksi, hiburan dan banyak lagi, semuanya ada tersedia untuk anda tonton setiap hari.
Tapi tu dulu la, walaupun masih ada yang menonton tv, tapi trend masa sekarang dah berubah. Untuk berhibur dan tonton drama atau filem, guna telefon bimbit yang melekat dekat tangan 24 jam tu pun dah boleh kan. Nak tonton kat mana-mana pun boleh dan paling penting, ia jauh lebih praktikal.
Paling mudah dan menjadi trending sekarang ni kalau korang nak tahu adalah berhibur melalui aplikasi mobile iaitu Astro GO dan secara atas talian. Kalau korang pelanggan Astro, korang wajib tahu benda ini sebab ia special dan percuma untuk korang je tau.
Kami yakin, korang mesti dah pernah dengan nama Astro GO sebelum ni tapi confirm ramai juga yang tak tahu Astro GO yang sekarang dah berwajah baru. Banyak penambah baikan sudah buat. Ini antara beberapa perkara menarik mengenai Astro GO.
UI serba baru
Kali ni, korang boleh mencari rancangan yang ingin ditonton lebih mudah. Apa yang kurang cuma buat cuma masukan tajuk je dekat kotak carian.
UI Mobile |
Tak ingat tajuk? Tak apa, letak nama pelakon malah nama pengarah program tu sekali pun korang dah dapat list program yang korang cari tu.
Lebih 50,000 rancangan boleh diakses
Drama dan filem menarik luar serta dalam negara, rancangan live hiburan dan sukan, program-program tv menarik, domumentari terkini dan macam-macam lagi sudah tersedia.
Lebih program melalui Demand
Kalau yang lepas-lepas pun boleh tonton, apatah lagi kan rancangan terkini, siaran langsung dan macam-macam lagi program popular dalam dan luar negara tersedia untuk korang akses bila-bila masa je.
Satu ID, Empat Peranti
Lagi satu, korang tak perlu risau, Astro GO adalah percuma untuk semua pelanggan-pelanggan Astro tau. Korang tak perlu risau dah nak berebut remote tv lepas ni dengan family yang lain. Kenapa?
Lepas korang mendaftar dengan Astro GO, ID Astro korang boleh digunakan untuk mengakses 4 peranti serentak. Jadi, tak ada masalah untuk korang tonton drama Melayu dekat tv, menangis layan K-Drama dekat telefon atau tengok bola dekat laptop. Serentak, tak ada masalah.
Mak ayah pun tak perlu risau, kalau anak minat tonton kartun sehingga korang tak ada peluang nak tengok rancangan kegemaran korang, Astro GO adalah jawapan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
Lupakan gangguan alam
Bukan itu je, syoknya bila guna Astro GO, korang tak perlu berhenti menonton ketika hujan macam yang selalu korang alami setiap kali menonton Astro dekat tv.
Lagi menarik, mana-mana channel yang korang rasa korang layan sangat atau ada siri yang korang tak boleh terlepas, korang boleh setkan sebagai Favourite dan tambah dekat Homscreen. Dengan cara ni, akses korang menjadi lebih mudah tau.
Pergi je dekat Panduan Saluran, kemudian klik ikon Channel dan tambah ke Senarai Kegemaran. Senang je kan.
Best kan? Untuk mendapatkan perkhidmatan Astro GO ni, korang cuma perlu mendaftar disini kemudian link kan dengan akaun Astro semasa korang.
ID tu korang boleh guna untuk mengkases Astro GO menggunakan sehingga 4 peranti serentak. Alplikasi Astro GO boleh korang muat turun dekat Playstore dan Apple Store. Astro GO juga boleh diakses melalui laman web.
Layari facebook dan laman web Astro GO untuk maklumat lanjut.
lagi info di : Gosip Artis Terkini