Get $25 free
loading...

Pakaian pramugari: Peringatan untuk menteri KAFIR


PERMINTAAN pelbagai pihak, termasuk pramugari sendiri, supaya dibenarkan memakai tudung ketika bertugas, adalah logik dan dan wajar.
Tidak ada apa-apa yang pelik dengan permintaan ini. Lagipun, rakyat Malaysia majoritinya beragama Islam dan Perlembagaan Persekutuan menyatakan dalam Perkara 3(1) bahawa agama Islam adalah Agama Persekutuan yang membawa maksud ia adalah agama negara kita.
Di sebalik apa yang tidak wajar diterima adalah reaksi Menteri Pengangkutan Malaysia di dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, yang menyarankan sekiranya pakaian pramugari mencolok mata, jangan dipandang pramugari itu.
Respon itu diberi setelah isu ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang yang juga seorang wanita dan juga Ahli Parlimen PAS Tumpat. Beliau juga berkata soal imej dan pakaian itu juga tertakluk kepada dasar syarikat penerbangan berkenaan.
Katanya, syarikat penerbangan juga perlu mematuhi standard keselamatan termasuk dalam situasi kecemasan.
Apakah standard keselamatan menyarankan bahawa bertudung itu tidak dibenarkan atas alasan keselamatan? Berapa banyak anggota keselamatan negara kita yang diterajui oleh wanita muslimah, contohnya dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengekalkan imej bertudung dan menutup aurat.
Sekiranya benar ia membawa kemudaratan dari sudut keselamatan, sila berikan hujah mengapa ia berbahaya sedangkan ramai lagi pramugari di negara lain seperti Brunei dan Mesir juga memakai tudung dan menutup aurat. Adakah standard keselamatan dalam penerbangan mereka berbeza?
Sekiranya benar menutup aurat itu tidak mematuhi standard keselamatan, mengapa pula tiba-tiba di musim haji ada syarikat penerbangan yang membenarkan pramugari memakai tudung.
Sebagai seorang menteri di dalam negara yang majoritinya beragama Islam, beliau seharusnya lebih sensitif di dalam membuat penilaian, kenyataan dan keputusan yang membabitkan umat Islam di negara ini.
Bukannya mengikut logik akal dan menjawab dengan menggunakan hujah yang dangkal. Sekiranya sesuatu isu itu dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat, pastinya ia adalah satu isu yang releven untuk dibawa kepada perbincangan yang selanjutnya.
Perbuatan tidak membenarkan wanita menutup aurat di tempat kerja adalah satu bentuk diskriminasi yang tidak dapat diterima.
Setelah sekian lama, ramai muslimah di Malaysia membuktikan bahawa mereka berjaya di dalam kerjaya masing-masing, walaupun di dalam keadaan menutup aurat.
Kepada barisan pemimpin negara yang baru dipilih untuk mentadbir negara, adalah amat baik sekiranya polisi pemakaian pramugari dapat ditukar kepada patuh syariah bagi yang menganuti agama Islam.
Ini bukanlah satu paksaan, tetapi dianjurkan supaya pramugari diberi pilihan untuk berpakaian menutup aurat bagi yang mahukannya.
Paksaan supaya pramugari syarikat penerbangan negara kita berpakaian tidak menutup aurat sepatutnya ‘a thing of the past’ dan tidak wajar diteruskan. Ia adalah undang-undang lama yang tidak meraikan hak untuk menutup aurat oleh wanita muslimah di negara kita.
Dr Nor Ruzaini Bt Sulaiman
Ketua Wanita Isma Melaka Tengah

Previous
Next Post »
loading...