Get $25 free
loading...

Jangan takut singkir Najib - Rahim Tamby Chik


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Ahli dan kepemimpinan UMNO akan menerima padah sekiranya masih malu untuk membuka mulut dan masih takut serta gentar bersuara terhadap salah laku mana-mana pemimpin demi kebaikan, kebenaran serta perubahan masa depan Melayu.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik berkata, keberanian pemimpin UMNO menyatakan pendirian dan menegakkan kebenaran dapat menebus rasa benci rakyat kepada parti akibat kleptokrasi dan rasuah.

"Malah ada juga yang berpendapat jika UMNO benar-benar berazam untuk berubah dan memperbetulkan imejnya yang rosak musnah di kaca mata ahli-ahli dan rakyat jelata, kepemimpinan mesti berani membuat keputusan untuk menyingkirkan keahlian bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda komitmen perjuangan parti.

"Rakyat akan menghargai bahawa dalam perjuangan untuk negara, kebijaksanaan dan tanggungjawab agung UMNO adalah memilih kepentingan rakyat sebagai keutamaan nasional yang jauh lebih besar dari hanya terkial-kial mempertahankan kepentingan mana-mana individu tertentu," katanya dalam perkongsian di akaun Facebook miliknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE



Previous
Next Post »
loading...