Get $25 free
loading...

Seorang Rakyat Malaysia Sokong Rejim Zionis

Share This:

Seorang anak Malaysia berasal dari Pulau Pinang menyatakan, Israel merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menghormati hak sama rata dan mempertahankan kebebasan beragama, Mohammed Yusoff Rawther dalam penulisannya yang diterbitkan oleh Israel National News bertajuk “Seorang Anak Malaysia, Berdiri Bersama Israel” ketika mempertahankan rejim Zionis yang memerintah negara haram Israel.

Mohammed Yusoff Rawther dalam penulisannya yang sebelum ini pernah diterbitkan oleh sebuah portal tempatan, tetapi telah dipadamkan hanya beberapa jam selepas ianya dikongsikan dengan umum. Dalam penulisannya itu, beliau membuat dakwaan bahawa rakyat Palestin adalah pengganas yang tidak menginginkan keamanan dan pada masa yang sama memberi gambaran bahawa tindakan Israel dalam mempertahankan kedaulatannya adalah serangan ke atas penduduk awam yang mencintai keamanan.

“Media secara tipikal memberi gambaran yang membosankan bahawa serangan ke atas Palestin adalah “kekecewaan terhadap ketiadaan perkembangan ke arah keamanan” (seolah-olah keamanan pernah menjadi matlamat pengganas) pada masa yang sama memberi gambaran bahawa tindakan Israel mempertahankan kedaulatannya adalah satu bentuk serangan ke atas penduduk awam yang aman.”

Pada masa yang sama, Mohammed Yusoff juga menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohammad Najib adalah seorang munafik semulajadi kerana pilih kasih dalam isu ini.

“Ahli-ahli politik Malaysia termasuk Perdana Menteri, Najib, telah membuktikan kemunafikan semulajadi mereka dengan memilih kasih dalam isu ini.”

Menurut Mohammed Yusoff lagi, Baitulmuqaddis merupakan kawasan majoriti penduduk Yahudi semenjak lebih 200 tahun lepas dan tuntutan bangsa Arab Palestin ke atas kawasan itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

“Baitulmuqaddis pernah menjadi ibu negara kepada tiga pemerintahan, kesemuanya Yahudi semenjak 3,000 tahun lepas dan telah mempunyai majoriti penduduk Yahudi yang baru semenjak pemerintahan Uthmaniyah pada tahun 1800-an.

Bangsa Arab Palestin tidak pernah memerintah mana-mana bahagian Baitulmuqaddis, menjadikan dakwaan mereka ke atas bandar itu sesuatu yang tidak masuk akal.”

Mohammed Yusoff juga mendakwa bahawa hak sama rata di Baitulmuqaddis hanya dapat dilaksanakan setelah kawasan itu ditawan oleh rejim Zionis pada tahun 1967.

“Hanya setelah Israel menyatukan bandar itu terdapat hak sama rata dan laluan kepada kawasan suci itu untuk penganut semua agama.”

Menurut Mohammed Yusoff lagi, Israel mempunyai tuntutan yang sah ke atas kawasan-kawasan yang ditaklukinya pada tahun 1967 kerana kawasan-kawasan itu diperolehi dalam keadaan mempertahankan kedaulatan negara itu dan perkara ini selari dengan undang-undang antarabangsa.

“Israel mempunyai tuntutan tambahan yang sah ke atas tanah yang diperolehi selepas 1967 kerana, tanah-tanah ini diperolehi dalam peperangan defensif, selari dengan undang-undang antarabangsa.”

Selain daripada itu, Mohammed Yusoff turut menegaskan bahawa Israel sedang cuba sedaya upada untuk memperbaiki keadaan dan sebenarnya umat Palestin yang enggan hidup dalam keamanan dan tidak bersedia untuk bekerjasama di meja rundingan.

“Pada dasarnya, apa yang Israel boleh buat adalah untuk mengurus situasi, di mana perkara telah dilaksanakan dengan sebaiknya oleh negara itu. Bangsa Arab Palestin tidak berminat untuk merealisasikan keamanan seperti yang mereka dakwa, dan mereka juga tidak bersedia untuk bekerjasama di meja rundingan.”

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...