Get $25 free
loading...

Video Adun Paloh Menangis Diusir Dari Sidang DUN

Share This:

SATU video memaparkan ADUN Paloh merangkap Ketua Pembangkang YB Dato’ Norzula Mat Diah menangis teresak-esak dihalau dari Sidang DUN Kelantan sedang viral di media sosial.

Lihat video di bawah:-

Berikutan dengan insiden tersebut maka Setiausaha Barisan Nasional Kelantan YB Datuk Md. Alwi Hj. Che Ahmad yang mewakili Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kelantan mengeluarkan kenyataan akhbar.

Pengusiran ADUN Paloh / Ketua Pembangkang Dari Dewan Undangan Negeri Kelantan

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Negeri Kelantan amat kesal dengan tindakan YB Dato’ Speaker DUN Kelantan tidak memberi laluan kepada Ketua Pembangkang yang juga Yang Berhormat dari DUN Paloh untuk membahaskan usul belanjawan 2018.

Sebagai Ketua Pembangkang YB Dato’ Norzula Mat Diah sepatutnya diberi laluan untuk terlibat di dalam perbahasan.

Dewan Undangan Negeri dan sessi belanjawan adalah satu-satunya pentas dan ruang untuk ADUN menyampaikan pandangan dan meluahkan sebarang isu termasuk keluhan dari rakyat yang diwakili mereka. Tindakan menghalang ADUN dari menunaikan tanggunjawab ini adalah amat keji.

Walaupun YB Paloh masih belum pulih sepenuhnya dari serangan stroke, beliau tetap gagahkan diri hadir dalam dewan demi menyampaikan suara rakyat yang diwakilinya.

Tindakan speaker untuk tidak bertolak ansur apalagi mempertimbangkan keadaan kesihatannya serta bertegas mengusir beliau dari dewan tidak boleh diterima.

Sementara itu, kenyataan YB Timbalan Speaker yang mengatakan ‘lakonan air mata ‘ adalah tersangat biadab dari seorang muda terhadap YB Paloh, seorang ahli dewan paling lama dalam DUN Kelantan. Ia diluar kesantunan orang Melayu, apalagi datang dari seorang mewakili parti ‘islam’.

Pada jam 4.30 petang kelmarin (21 November 2017) selepas YB Kelaboran menamatkan ucapan perbahasannya, dua ADUN bangun untuk berucap, tetapi speaker menyatakan hasrat untuk menangguhkan persidangan. Speaker tidak sekali-kali menyatakan sessi perbahasan sudah tamat.

Sikap tidak demokratik DUN Kelantan ini menggambarkan Kerajaan Pimpinan PAS sangat takut untuk menghadapi keluhan dan suara rakyat secara berdepan.

YB Paloh hanya ingin menyampai keluhan rakyat Gua Musang terhadap kebimbangan mereka apabila bukit ditarah, balak di tebang dan Hutan Simpan Kekal diteroka sehingga 200 ribu hektar. Beliau juga ingin menyampaikan kebimbangan penduduk orang asli di Gua Musang terhadap cadangan pembinaan Empangan Nenggiri yang disebut oleh YAB Menteri Besar dlm ucapan belanjawan pada hari pertama persidangan!

Kami ADUN-ADUN BN Kelantan amat kesal dgn sikap tidak profesional dan berat sebelah ini. Di Parlimen semua ahli-ahli Yang Berhormat di beri peluang paling tidak lima
minit untuk bersuara dalam sidang belanjawan.

Sehubungan dengan itu kami semua ADUN-ADUN pembangkang bersepakat memulaukan sessi seterusnya Sidang DUN untuk tahun 2017.

YB Datuk Md. Alwi Hj. Che Ahmad
Setiausaha Barisan Nasional Kelantan
Mewakili Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...