Get $25 free
loading...

Lambang, budaya dan agama

Lambang, budaya dan agama

agamawanUmat Islam di seluruh dunia amat mudah bingung dengan simbol agama.

Di barat, tidak pelik melihat orang Islam mengadakan acara agama di gereja atau kuil. Kadang-kala, mereka tidak mempunyai tempat yang cukup besar dan mereka menyewa bangunan agama lain.

Ini perkara biasa dan kita tidak pula mendengar ia perbuatan kufur atau bid’ah. Atau mungkinkah kerana tiada pilihan lain, umat Islam mengubah suai pandangan mereka mengikut keadaan?

Di Malaysia, kita masih belum memahami posisi sebenar lambang dalam agama. Kerana kecetekan minda kita, kita mudah dijajah oleh pihak tertentu.

Minggu lepas di media sosial, seorang Pak Ustad mengingatkan umat Islam tentang tanda palang merah (red cross) yang terdapat pada kenderaan ambulans. Dia menyarankan agar umat Islam jangan menaiki kenderaan berpalang merah!

Mereka wajar menaiki ambulans yang mempunyai lambang bulan sabit yang dikaitkan dengan tamadun Islam. Mungkin dia fikir yang palang merah adalah dakyah halus orang Kristian untuk menyesatkan umat Islam!

Mujurlah ramai netizen beragama Islam menolak pandangan ini, dan menganggap ia terlalu tidak berakal. Mungkin mereka sudah menyampah dengan komen-komen agamawan yang sudah keterlaluan.

Jika kenderaan ambulans pun dikatakan haram, apa lagi yang halal? Hidup orang Islam sering dirumitkan oleh pemikiran sebegini.

Asal lambang

Bagaimana harus kita memikirkan tentang lambang? Dari mana asalnya lambang? Adakah daripada Tuhan ataupun manusia? Jika kita memikirkan tentang bulan sabit dan bintang iaitu simbol tamadun Islam, adakah lambang ini datang daripada Al-Quran ataupun hadis?

Pilihan bulan sabit dan bintang adalah pilihan manusia. Dalam peredaran sejarah umat Islam, pilihan ini dibuat, dan sekarang ia dikenali serata dunia.

Bagaimana kalau umat Islam membuat pilihan lain pula? Jika mereka mengambil Ka’abah atau Al-Quran sebagai simbol pada bendera mereka umpamanya, adakah mereka akan mengundang kemurkaan Allah? Sudah tentu tidak juga. Simbol ini hanyalah representasi. Ia boleh diubah selagi kita tidak merubah mesej Islam yang sebenar.

Begitu juga dengan lambang palang atau pun salib. Ia tidak tertulis dalam Bible yang umat Kristian perlu menggunakan simbol ini. Simbol ini dipilih kerana ia mewakili pengorbanan Jesus dari Nazareth untuk umat manusia. Penganut Kristian percaya dia dipakukan pada sebuah salib dan dibunuh, dan Jesus bangkit semula selepas 3 hari. Inilah sebabnya mereka mengambil lambang palang atau salib sebagai lambang mereka.

Namun begitu, mereka tidak terhad kepada simbol ini sahaja. Dalam agama Kristian, mereka biasa melukiskan gambar Jesus dalam pelbagai bentuk representasi.

Jika palang atau salib yang dikatakan mewakili agama Kristian mengalami evolusi dalam makna, begitu juga gambar atau patung Jesus. Inilah yang patut kita sedar.

Dalam bahasa, perkataan yang mengalami evolusi dalam maksud mengikut peredaran dalam pengalaman manusia. Begitu juga dengan lambang dan simbol. Palang dan salib telah mengalami evolusi dalam maksud.

Pada jangkaan saya, mungkin palang merah itu simbol kumpulan “hospitallers”, iaitu pahlawan Kristian semasa Perang Salib berkurun dahulu. Namun ia sekarang tidak mengandungi maksud keagamaan. Ia hanya melambangkan servis perubatan untuk semua.

Dijajah

Ini membawa kita kepada isu penjajahan. Sebab kita menilai lambang dan simbol begini ialah kerana minda-minda kita dijajah.

Bagi orang Melayu, hangat diperkatakan sekarang yang mereka dijajah oleh budaya Arab. Sultan Johor menyuarakan pendapat ini.

Melayu dijajah budaya Arab konservatif dengan mudah kerana agamawan tidak cerdik mengenali di antara agama Islam dan budaya tersebut. Bagi mereka, jika sesuatu ajaran itu terdapat dalam warisan ilmu Islam, maka ia benar-benar daripada Tuhan.

Umpamanya, hadis yang menegaskan bahawa seseorang isteri mesti menurut nafsu seks suaminya jika diminta “walaupun mereka sedang menunggang unta”.

Pandangan ini jelas bercanggah dengan ruh Al-Quran yang memberi contoh Rasul yang dikatakan “rahmat bagi sekalian alam” (Surah Al-Anbiya’, ayat 104).

Ia juga amatlah selari dengan budaya patriarki Arab yang merendahkan wanita. Namun begitu, ia diterima agamawan dan dikatakan sebagai ajaran Islam. Beginilah berlakunya penjajahan minda.

Beberapa hari yang lepas, seorang agamawan Umno melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap aktivis Datin Paduka Marina Mahathir, kerana mengkritik budaya Arab. Menurutnya, Marina lupa tentang kesan negatif budaya Barat menyerap masuk ke dalam budaya Melayu Islam.

Di sinilah kita boleh nampak betapa singkatnya minda agamawan seperti ini. Budaya Arab itu dikatakan agama Islam maka kita dipaksa menerimanya. Budaya Barat pula boleh dikritik dan diambil mana yang patut.

Usahlah kita mengambil unsur budaya yang negatif tetapi bila mana ia positif, ia patut dicontohi. Beginilah caranya kita boleh membebaskan diri daripada dijajah minda.




lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...