Get $25 free
loading...

Tun M Tolonglah Benarkan Siti Hasmah Bertudung

Share This:

RAKYAT Malaysia benar-benar terkilan dengan tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang melarang isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Ali dari memakai tudung.

Dalam nada sayu, Siti Hasmah mengatakan bahawa beliau juga teringin mengenakan tudung namun dihalang oleh Mahathir. Rakyat Malaysia ingin merayu kepada Mahathir agar membenarkan Siti Hasmah bertudung.

Baru-baru ini isteri Tun Mahathir enggan memberi pandangannya mengenai perdebatan mengenai pemakaian tudung di hotel, tetapi mendedahkan suaminya tidak suka beliau bertudung.

“Saya rasa kamu sedang menyoal orang yang salah kerana saya tidak bertudung. Sejak awal sehingga sekarang saya tidak bertudung,” katanya apabila diminta untuk mengulas berhubung kontroversi melibatkan dasar persatuan hotel melarang pemakaian tudung dalam kalangan kakitangan.

“Suami saya larang saya bertudung. Jika mahu memakai tudung, perlu minta kebenaran suami,” tambahnya.

Katanya, sekembalinya dari Mekah, beliau pernah teringin memakai tudung.

“Jadi, saya memakai tudung untuk ambil berkat. Dia sampai palingkan mukanya,” kata Siti Hasmah yang ketika itu menghadiri simposium wanita.

Dalam masa yang sama ramai pihak mempertikaikan keputusan Siti Hasmah tersebut memandangkan isteri hanya wajib menurut perintah suami yang tidak bertentangan dengan hukum Islam sahaja. Larangan Mahathir yang bercanggah dengan peraturan dan hukum yang termaktub dalam Al Quran dan Hadis tidak perlu dipatuhi.

Namun memandangkan Siti Hasamah tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian maka Mahathir dirayu agar membenarkan isteri beliau bertudung.

– pru14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...