Get $25 free
loading...

Rasanya Sekarang, PPBM Sudah Boleh Buat AGM…

Share This:

Kalau ingin memperkatakan tentang nasib Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini, kadang kala memang agak menyedihkan. Tidak kurang juga timbul rasa lucu apabila mendengar cita-cita besar PPBM yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia dari segala bentuk tuduhan rasuah dan sebagainya. Namun, bila melihat cara pengurusan parti itu sendiri, memang cukup menyedihkan.

Manakan tidak, disaat hampir kesemua parti politik di Malaysia hari ini telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka, PPBM masih terkial-kial mencari jalan untuk mengadakan AGM mereka yang pertama sejak ditubuhkan pada Oktober tahun lalu.

Agak menghairankan sebenarnya melihat PPBM ini kerana tunggak utama parti ini adalah terdiri daripada mereka yang cukup berpengalaman dalam politik. Kecuali seorang dua sahajalah yang dikategorikan sebagai masih berhingus, daripada Pengerusi, Presiden, Timbalan Presiden mahupun Setiausaha Agung mereka, kesemuanya berpengalaman luas dalam politik kepartian.

Namun begitu, PPBM nampaknya mungkin akan menemui titik sinar baru untuk mencukupkan ahli mesyuarat agung mereka dalam masa terdekat. Menerusi entri yang dimuat naik di dalam laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, mereka berkongsi satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysia Dateline yang mendakwa, lebih 10 ribu ahli UMNO sudah menyertai PPBM.

Daripada angka ini, majoritinya adalah golongan belia UMNO terutamanya di negeri Pulau Pinang. Dakwa artikel ini lagi, mereka cukup yakin dengan kekuatan yang ada di dalam PPBM dan memang berhasrat untuk menguburkan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Melihat angka ini, memang cukup ramai yang berminat dan menyertai PPBM. Malah, dari angka ini rasanya, Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden parti tidak mempunyai masalah untuk mengadakan AGM PPBM yang pertama. Panggil sahaja mereka untuk hadir ke AGM PPBM di mana sahaja ianya diadakan, pasti ia mencukupi buat PPBM memenuhi syarat yang dikehendaki oleh RoS.

Malah rasanya, jumlah ini sudah mampu menampung kekosongan kira-kira 8 ribu ahli dan beberapa puluh cawangan dan bahagian PPBM yang telah ditutup akibat ahlinya yang bertindak meninggalkan PPBM. Lebih dari itu, PPBM rasanya sudah mampu mendabik dada bahawa mereka mempunyai keahlian yang cukup ramai untuk menidakkan sebarang peluang PAN untuk bermegah mempunyai ahli parti yang ramai.

Terdapat sedikit kemusykilan yang mungkin boleh dijawab oleh mereka yang kononnya baru menyertai PPBM. Adakah mereka benar-benar yakin, jangka hayat PPBM akan mampu bertahan sehingga PRU ke 14 nanti? Tidakkah mereka tahu bahawa Muhyiddin sendiri hampir mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah kerana tidak mungkin akan dapat mengadakan AGM mereka sebelum PRU 14?

Comments

comments

Related Post

Sebenarnya, Mahathir Mahu Melihat PPBM Diharamkan
Ada Pihak Berasa Zaeinal Abidin Lebih Layak Dilant...
Mesyuarat Cawangan PPBM Tidak Mungkin Berlangsung ...
Buatlah Mesyuarat Cawangan Dulu, Usah Sibuk Salahk...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...