Get $25 free
loading...

Anak saudara Azmin direman seminggu

Beliau merupakan antara 4 yang ditahan atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir di Selangor.

Antara lelaki yang dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini berkait tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir di Selangor.

Antara lelaki yang dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini berkait tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir di Selangor.

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret hari ini membenarkan reman selama 7 hari terhadap seorang anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan 3 yang lain atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir.

Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman keempat-empat mereka sehingga 6 Disember ini.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (B) kerana memberi suapan berkait projek lombong pasir pada 2014.

Dua daripada lelaki itu merupakan pengarah syarikat, dan diwakili peguam Azad Bashir. Seorang lagi merupakan seorang kaki tangan sebuah syarikat pengiklanan.

FMT difahamkan beberapa akaun syarikat bernilai sehingga RM4 juta dibekukan.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...