Get $25 free
loading...

Bersediakah Dengan Audit Cukai?

Share This:

Pengauditan ke atas pembayar cukai akan dilakukan di antara setiap 5 hingga 7 tahun, atau kemungkinan lebih kerap bergantung kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Audit cukai ini merupakan pemeriksaan ke atas dokumen individu atau akaun perniagaan termasuk kewangan pembayar cukai bagi menyemak sama ada cukai telah dilapor dan dibayar mengikut jumlah secukupnya dan undang-undang serta peraturan percukaian dipatuhi sepenuhnya.

Dua jenis audit yang biasanya dijalankan iaitu audit meja dan audit luar. Audit meja dijalankan tanpa perlu juru audit cukai hadir ke premis pembayar cukai. Pelarasan cukai yang mudah dan pembayar cukai akan menerima surat daripada LHDNM dan jika perlu pembayar cukai mungkin akan dipanggil ke pejabat LHDNM untuk ditemuduga bagi tujuan mendapatkan maklumat lanjut.

Manakala audit luar, pihak audit cukai akan menjalankan di premis pembayar cukai. Ia melibatkan semakan rekod-rekod perniagaan dan juga rekod bukan perniagaan pembayar cukai. Untuk makluman, pembayar cukai akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum lawatan audit luar dijalankan.

Sebagai pembayar cukai, terdapat mereka yang terpilih untuk di audit berdasarkan beberapa faktor antaranya melalui analisis risiko, semakan manual atas Borang Nyata Pendapatan (BNP), semakan rekod pihak ketiga, biasanya melalui audit atau siasatan ke atas pembayar cukai lain, maklumat yang diterima dari pihak ketiga, rekod penerimaan BNP yang lepas, pemilihan berasaskan industri-industri tersebut, pemilihan berasaskan isu-isu khusus yang sama bagi kumpulan-kumpulan pembayar cukai tertentu, pemilihan berasaskan kawasan-kawasan tertentu.

Oleh itu, bagi mengelak daripada penipuan yang sering berlaku dengan penyamaran orang yang tidak bertangggungjawab, pembayar cukai yang dipilih untuk diaudit akan diberitahu melalui surat oleh LHDNM. Lazimnya pengesahan lawatan akan dimaklumkan melalui telefon terlebih dahulu. Selain dari tarikh lawatan, surat pemberitahu mencatatkan rekod-rekod yang perlu disediakan untuk diaudit serta nama-nama pegawai yang akan menjalankan tugas audit.

Lawatan audit ini biasanya bermula dengan temuduga. Temuduga membolehkan pegawai audit bertemu dengan pembayar cukai dan berbincang berhubung dengan audit secara umum. Pembayar cukai akan ditanya beberapa soalan berhubung dengan aktiviti perniagaan, sistem perakaunan dan simpanan rekod.

Dalam proses audit cukai ini, pegawai audit yang mengendalikan rekod-rekod perniagaan pembayar cukai juga akan turut ditemuduga. LHDN memahami bahawa proses audit akan melibatkan masa pembayar cukai. Walau bagaimanapun LHDN mengharapkan sepenuh kerjasama pembayar cukai supaya tugas audit dapat disegerakan.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...