Get $25 free
loading...

Industri Kosmetik Bukan Hanya Sekadar Produk Kecantikan Semata-Mata

Share This:

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat menyaksikan kebangkitan industri kosmetik dan kecantikan di negara ini. Pelbagai produk telah membanjiri pasaran dan ini sekaligus memangkinkan ekonomi pengusaha industri berkenaan memandangkan terdapat permintaan yang cukup tinggi dalam bidan kosmetik di negara ini.

Sehubungan dengan itu, satu majlis minum petang bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi. Majlis yang dianjurkan oleh Gagasan Kreatif Malaysia ini telah menghimpunkan pengusaha-pengusaha kosmetik terkenal tanahair bagi menghargai usaha dan sumbangan mereka di dalam pasaran tempatan.

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Mohd Najib tidak dapat menghadiri majlis berkenaan kerana beliau diberitakan menghadiri 1 mesyuarat penting di Putrajaya. Tempat beliau digantikan oleh isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur yang hadir dalam kondisi tidak begitu sihat.

Dalam ucapan beliau, Datin Seri Rosmah memberitahu, industri berkaitan produk kecantikan di Malaysia telah berkembang maju selari dengan perkembangan global. Mengikut statistik, kosmetik merupakan antara 5 eksport utama Malaysia bagi industri gaya hidup dengan nilai RM 1.25 bilion bagi 2016. Antara 2011 hingga 2016, nilai eksport keseluruhan adalah berjumlah RM 12 bilion, satu jumlah yang cukup tinggi.

Oleh yang demikian, beliau berkata, Malaysia perlu memanfaatkan pengeksportan industri kosmetik halal kerana statistik menunjukkan satu perempat penduduk dunia begitu memerlukan industri halal termasuk barangan kosmetik.

Memandangkan negara mempunyai pelbagai produk kosmetik, pengusaha barangan berkenaan perlu memanfaatkan sepenuhnya setiap agensi seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, SME Corporation dan lain-lain lagi untuk memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa. Malah, penggunaan medium online juga perlu digunakan sepenuhnya untuk memastikan produk mereka dipasarkan dengan lebih meluas.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut menyeru para pengusaha untuk berganding bahu bagi memastikan produk mereka berjaya di peringkat nasional mahupun peringkat antarabangsa. Beliau menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan tidak akan mengabaikan keperluan para pengusaha yang memerlukan bantuan dari kerajaan.

Untuk ini, beliau meminta para pengusaha yang memerlukan bantuan dari pihak kerajaan agar terus merujuk ke pihak yang berkenaan. Beliau juga berharap, industri kosmetik, kecantikan dan kesihatan yang dihasilkan oleh para pengusaha industri berkenaan di negara ini terus maju seiring dengan kemajuan ekonomi negara yang begitu pesat hari ini.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...