Get $25 free
loading...

Sistem Percukaian Negara Sentiasa Ditambah Baik

Share This:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sentiasa menambah baik sistem penyampaian perkhidmatannya kepada pengguna khasnya pembayar cukai dan ia bermula melalui reformasi sistem percukaian daripada sistem taksiran formal kepada sistem taksir sendiri (STS) mulai tahun taksiran 2001 untuk pembayar cukai syarikat dan tahun taksiran 2004 untuk pembayar cukai selain syarikat termasuk individu.

Selaras dengan pengenalan STS ini, LHDNM telah memperkenalkan sistem e-Filing dan ByrHasil bagi memudahkan urusan pembayar cukai untuk mengisytiharkan pendapatan dan membuat bayaran cukai.

Menerusi e-Filing, pembayar cukai hanya perlu mengisytiharkan pendapatan mereka dan membuat pengiraan amaun cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan TANPA perlu mengemukakan sebarang resit mahupun dokumen sokongan.

Resit dan dokumen sokongan hanya dikemukakan kepada LHDNM apabila ia diperlukan untuk melengkapkan proses audit cukai. Kaedah pengemukaan resit dan dokumen sokongan juga telah dipermudahkan apabila LHDNM memberikan pertimbangan untuk menerima pengemukaan secara dalam talian melalui e-mel.

Malah, sistem e-Filing juga telah ditambahbaik menerusi pengenalan sistem e-Permohonan Pindaan BE yang membolehkan pembayar cukai individu membuat pindaan atas kesilapan pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Sistem ini akan terus ditambahbaik dari semasa ke semasa untuk membolehkan pembayar cukai melampirkan dokumen sokongan bersama-sama dengan permohonan pindaan.

Selain itu, LHDNM juga menyedari akan kepentingan maklumat dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat betapa pentingnya cukai pendapatan kepada negara. Oleh itu Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my sentiasa dikemaskini dengan memuatkan maklumat bersesuaian seperti kaedah pengiraan cukai dan hak-hak pembayar cukai.

Malah sehingga kini, portal rasmi LHDNM turut menyediakan akses kepada 15 jenis perkhidmatan dalam talian (ezHasil) bagi memudahkan urusan percukaian orang ramai. LHDNM sentiasa menggalakkan pembayar cukai menggunakan perkhidmatan ezHASIL untuk memastikan mereka mendapat layanan dan perkhidmatan yang terbaik.

Perkembangan tentang usaha peningkatan mutu perkhidmatan LHDNM yang sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa secara selarinya menjawab kepada kenyataan yang diutarakan oleh Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini berkenaan “IRB Needs Better System” (LHDNM Memerlukan Sistem yang Lebih Baik).

Setiap cadangan dan maklum balas daripada orang ramai akan dipertimbangkan sewajarnya dalam usaha kami untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan selari dengan Moto Perkhidmatan LHDNM iaitu “Perkhidmatan Terbaik Untuk Anda”.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...