Get $25 free
loading...

DAP Fitnah Isu Tol, Buat-Buat Buta BN Mansuhkan Kutipan 4 Plaza Tol

Share This:

DAP mula guna permainan lama iaitu buat fitnah tentang perkara yang sudah basi untuk mengelirukan rakyat dalam permainan persepsi politik terhadap Barisan Nasional (BN). Kali ini, DAP tuduh kata kadar bayaran tol akan naik jika BN menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Fitnah dibuat oleh Ahli Parlimen DAP-Serdang, Dr Ong Kian Ming mendakwa BN telah memungkiri janji untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat di kebanyakan lebuh raya di Lembah Klang seperti dalam manifesto pada PRU ke-13 lalu.

Ong cuba memutarbelitkan persepsi orang ramai dalam hal ini, kerana BN sudah pun melaksanakan manifesto berkenaan dalam pembentangan Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lepas.

Najib telah mengumumkan memansuhkan kutipan tol di empat plaza tol sekaligus mengurangkan kadar bayaran yang dikeluarkan oleh pengguna berkuatkuasa tahun depan 1 Januari 2018. Mana ada dalam sejarah, tol boleh turun kadar bayaran tetapi ia boleh dikekalkan atau dimansuhkan terus.

Ganti rugi yang dibayar kerajaan kepada konsesi yang penting dibuat untuk memastikan kadar bayaran berkenaan kekal di paras yang mampu diterima oleh rakyat. Langkah memansuhkan kutipan di empat plaza tol memberikan manfaat kepada penduduk di tiga negeri sekali gus dan ia bukan calang-calang.

Kutipan tol yang dimansuhkan itu ialah di plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur di Johor.

Selepas itu, pembinaan lebuh raya baru di zaman pentadbiran Najib tidak dikenakan tol walaupun jaraknya jauh dan menelan kos perbelanjaan yang besar. Lebuh raya Pan Borneo yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023 sepanjang 1,076km tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol.

“€œKenapa tidak ada tol? Saya nak terangkan tujuan pembinaan jalan ini kerana ia adalah jalan utama di negeri ini, bukan jalan alternatif. Penduduk (Sarawak) tiada jalan lain melainkan jalan ini.

“€œDi Semenanjung, Lebuhraya PLUS adalah jalan alternatif, orang ramai boleh menggunakan laluan lain yang diselenggarakan Jabatan Kerja Raya tanpa perlu membayar tol,”€ katanya dalam majlis pelancaran fasa pertama pembinaan lebuh raya itu di Hentian Rawat Dan Rehat Simpang Bakun, di Bintulu pada 31 Mac 2015.

Kebanyakan pembinaan lebuh raya yang menggunakan tol ialah kerana ia merupakan jalan alternatif untuk orang ramai selain menggunakan jalan negeri dan persekutuan yang merupakan jalan utama.

Lebuh raya baru jalan pintas Rawang atau dikenali sebagai Rawang Bypass juga sudah siap dibina dan bakal dilalui esok juga tidak dikenakan tol.

DAP sudah tidak ketahuan mahu guna apa untuk memburukkan BN, lantas gunakan isu tol sekali lagi untuk memfitnah dengan tujuan mengelirukan rakyat.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...