Di Thailand seekor gajah PHLAI Ekasit,merupakan gajah popular yang banyak terlibat dalam filem antarabangsa termasuk ‘Ong Bak’ yang dibintangi Tony Jaa dikatakan telah melibas penjaganya menggunakan belalainya pagi Isnin.
Somsak Riangngern, 55, yang telah mengendalikan gajah berusia 32 tahun itu selama lebih dari satu dekad akhirnya mati di tempat kejadian.
Menurut saksi, Riangngern tidak melakukan apa-apa
Tanpa amaran, saksi mendakwa haiwan terkenal itu berpaling dan melibas Riangngern dengan belalainya berkali-kali.
Menurut sumber,lelaki itu meninggal dunia serta-merta manakala isterinya, Jampa, hanya mampu melihat.
Kakitangan zoo kemudian berjaya mengawal gajah tersebut tetapi mereka masih tidak pasti apa yang menyebabkan Phlai mengamuk, tetapi mereka mengesyaki ia disebabkan haiwan itu kepanasan.
Gajah berkenaan yang sebelum ini telah membuat persembahan di zoo, tidak akan terlibat dalam sebarang pertunjukan sehingga ia dinilai oleh doktor haiwan.
Gajah jantan biasanya menjadi lebih agresif apabila mereka aktif mencari pasangan.
Mayat penjaganya itu dikatakan akan dibawa ke kampung halamannya di wilayah Surin untuk upacara pengebumian.
Menurut sumber berkata, isterinya berkata gajah tersebut biasanya tenang, malah disayangi oleh suaminya dan pelancong yang suka memberi makanan dan mengambil gambar dengannya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Mudah Kurus Sekelip Mata? Shaheizy Sam Ikut Formul ...

Gempa Di Myanmar: Pasukan Smart Malaysia Sedia Dih ...

Along Bakal Mati Syawal Ini? ...

Awak Boleh Judge Secara Luaran Tapi Yang Melalu ...