Get $25 free
loading...

Guang Eng Putar Belit Lagi, Isu Dana Banjir Pulau Pinang

Share This:

Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guang Eng dikatakan cuba putar belit isu dana banjir seolah-olah Kerajaan Persekutuan ini membuli DAP dengan enggan memberi dana banjir kepada Pulau Pinang sekiranya anda membaca tajuk utama “Guang Eng: Kerajaan Persekutuan berhutang RM 1.6 bilion dana banjir kepada Pulau Pinang”.

Sehinggalah anda membaca bahagian di mana Guan Eng berkata “Pulau Pinang hanya menerima RM1.04 bilion apabila RM2.57 bilion diperuntukkan dari Rancangan Malaysia Kelima sehingga Kesebelas.

(Setiap Rancangan Malaysia adalah selama 5 tahun)

Menurut sumber,Rancangan Kelima sehingga Rancangan Kesebelas Malaysia bermaksud tempoh selama 35 tahun dari tahun 1986 hingga tahun 2020.

Kelak, beliau juga akan menuntut kembali sehingga ke zaman Francis Light dan British.

Menurut sumber berkata,DAP Pulau Pinang dikatakan berkemungkinan sudah sangat kekurangan wang dan terdesak sehinggakan bertindak menuntut balik ini – termasuk untuk tahun 2019 dan 2020 yang belum pun lagi kita sampai.

Kenyataan terdesak ini juga adalah kerana DAP Pulau Pinang dikatakan mahu tai-chi tanggungjawab akibat banjir Pulau Pinang yang semakin memburuk dan kerap kepada Kerajaan Persekutuan.

Purata dari RM1.04 bilion untuk lebih daripada 35 tahun adalah RM28.7 juta setahun – dan ini boleh bermakna projek-projek banjir dikatakan berkemungkinan dibatalkan kerana kawasan telah berubah atau disebabkan oleh projek-projek yang berada di bawah bajet.

Apa-apa pun, Pulau Pinang dikatakan membelanjakan lebih daripada RM28.7 juta tahun ini untuk projek lorong basikal sementara “kajian” RM305 juta mereka berjumlah 11 tahun daripada “kekurangan bajet” ini.

Dan jumlah itu tidak pun mencukupi untuk membina 3km daripada projek Lebuhraya PIL 19.5km mereka yang bernilai RM7.5 bilion yang menelan kos RM385 juta setiap km.

Justeru,perlu diingatkan apabila membaca kenyataan Guan Eng dengan berhati-hati dan bukan hanya membaca tajuk utama.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...