Pada minggu lalu ,22 November ,Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya atau University of Malaya Association of New Youth (UMANY) dikatakan telah menganjurkan sebuah kuliah yang bertajuk ‘LGBT Community in Malaysia: Current Situation and Challenge’ yang bertempat di Loyar Buruk, Bangsar Kuala Lumpur.
Menurut sumber,melalui laman Facebook UMANY, kuliah demokrasi UM siri ke-9 ini didakwa bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kampus yang membincangkan pelbagai isu sosial di Malaysia dan juga isu antarabangsa selain meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar.
“Sebagai negara majoriti Islam, pengamal LGBT di Malaysia dilihat sebagai menyimpang dan menyalahi undang-undang.
Hak-hak mereka tidak dilindungi dan setiap hari mereka menghadapi risiko untuk didakwa oleh pihak berkuasa agama dengan pelbagai undang-undang yang berbeza”.
Dalam pada itu, UMANY telah menjemput peguam kontroversi Siti Zabedah atau dikenali sebagai Siti Kasim dan aktivis mak nyah yang pernah mendapat ‘women of Courage Award’ dari Amerika Syarikat, Nisha Ayub sebagai panel jemputan untuk membincangkan situasi dan cabaran golongan LGBT di Malaysia.
Terdahulu, mantan Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi dikatakan pernah membuat dakwaan bahawa LGBT tidak ada salahnya dan mendakwa bahawa terdapat manusia yang menerima LGBT seadanya dan menyayangi golongan ini.
Adakah masyarakat mahu menyokong budaya sonsang ini yang sudah jelas bertentangan dengan akidah sebagai umat Islam?Jika tidak ditangani segera mampu memberi kesan buruk terhadap masa depan negara dan kecelaruan jantina serta budaya.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini