Get $25 free
loading...

Terkini: 235 Maut Masjid Dibom,109 Cedera Ketika Khutbah Jumaat

Share This:

Sekurang-kurangnya dikatakan 235 maut apabila lelaki bersenjata api melepaskan tembakan dan mengebom sebuah masjid di Sinai pada Jumaat.

Menurut pegawai kerajaan, lebih 109 lagi cedera dalam serangan itu – yang merupakan antara serangan berdarah dalam sejarah Mesir.

Menurut sumber,polis memberitahu AP bahawa lelaki dalam kenderaan melepaskan tembakan kepada jemaah di dalam masjid ketika dalam khutbah.

Foto-foto dari dalam bangunan masjid menunjukan berdozen-dozen badan berlumuran darah disusun di atas lantai berkarpet.

Presiden Abdel-Fattah el-Sissi mengumumkan tiga hari berkabung dan memanggil untuk mesyuarat keselamatan selepas serangan itu.

Presien AS, Donald Trump juga turut mengecam serangan itu dengan menyifatkan serangan itu sebagai “satu serangan pengganas yang teruk dan pengecut terhadap penganut agama yang tidak bersalah dan tanpa sebarang pertahanan.” tulis beliau di Twitter.

Mengikut laporan setakat ini, masih tidak dapat ditentukan siapa yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...