Get $25 free
loading...

PAS Dulu Jual Agama, Sekarang Jual Istana

Share This:

PAS kini ada angan-angan untuk kembali memerintah negeri Terengganu selepas kali pertama membentuk kerajaan di negeri itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada tahun 1999 hingga 2004. Bagaimanapun, cara PAS menyuarakan rasa ingin kembali jadi kerajaan negeri agak berbeza kerana kini sanggup menjual nama istana.

Dalam satu ceramah, Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata PAS negeri itu telah mendapat sokongan daripada baginda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu.

Nampaknya, kini PAS sudah berani petik nama Tuanku yang sepatutnya tidak boleh dikaitkan dengan hal politik kerajaan negeri.

Katanya, PAS kini berada di landasan yang betul bersama perjuangan Islam.

“Kita (PAS) dah dapat sokongan daripada Sultan Terengganu untuk melaksanakan Islam di negeri ini. Tapi, UMNO ini jahat, dia sekat perjuangan rakyat nak kepada Islam,” katanya yang juga bekas ADUN Rantau Abang.

Beliau berkata demikian dalam program Ceramah Isu-Isu Semasa dan Kutipan Derma Dana Pilihan Raya di Markaz PAS Kampung Rawai, DUN Alor Limbat, Marang, Terengganu, malam tadi.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 50 orang termasuk ADUN Alor Limbat, Ariffin Deraman yang turut menyampaikan ceramah pada program berkenaan.

Dulu PAS aktif menjual nama agama Islam tapi sekarang PAS sudah berani jual nama istana.

Seperti di mana-mana negeri, untuk membentuk kerajaan negeri sesebuah parti itu perlu menang PRU di peringkat negeri dengan mendapat majoriti mudah atau majoriti dua pertiga hasil undi rakyat bukannya sesuka hati menjaja cerita seperti itu.

PAS tidak boleh menerima kenyataan bahawa mereka gagal menewaskan Barisan Nasional (BN) di Terengganu kerana gagal mentadbir negeri berkenaan dengan baik apabila menerima mandat berkenaan sebelum ini.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...