Bermula spekulasi yang mengatakan pelakon Fattah Amin dan Fazura bercinta apabila kecoh majlis dengan teriakan peminat apabila hero drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin memberi sejambak bunga ros kepada heroin Hero Seorang Cinderella, Nur Fazura ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week.
“Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak ‘move on‘. Memang tak akan ‘move on‘…,” akui Fazura yang dipetik sebuah portal online.
Tambahan lagi,Fazura mendapat kejutan 500 kuntuman bunga mawar pada hari kelahirannya yang ke-34, hadiah.
Namun,ketika itu Fattah Amin dikatakan menafikan percintaan mereka berdua dan hanya rakan rapat.
Namun,pasangan ini membuat satu kejutan pada semua peminatnya apabila menghadiri majlis kenduri di rumah nenek Fazura,yang mengatakan pasangan itu akan bernikah pada malam itu,namun hanya dikatakan majlis merisik dan pertunangan sahaja yang diadakan tertutup untuk menjaga privasi masing-masing sebelum mereka berangkat ke mekah bersama-sama.
Lagi mengejutkan,Fattah dan Fazura membuat sidang media yang mengatakan beliau akan bernikah dalam masa terdekat ini.
Memang sah mereka sedang hangat bercinta…..
Tidak dinafikan lagi pasangan ini begitu mesra,apabila daripada raut wajah pasangan itu ,senyuman bahagia pasangan itu menandakan seolah-olah mereka sedang bercinta.
Semoga pernikahan dan persandingan pasangan sama cantik dan padan ini berjalan dengan lancar.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini