Get $25 free
loading...

MB Pahang: Kerajaan negeri bijak tahu cara pinjam wang

Adnan Yaakob menyifatkan hubungan kerajaan negeri dan pusat umpama 'anak-beranak' dan tiada bapa yang akan meminta anaknya membayar hutang.

Adnan-Yaakob_pahang_600PETALING JAYA: Datuk Seri Adnan Yaakob menasihatkan rakyatnya tidak perlu bimbang Pahang menjadi negeri paling banyak berhutang dengan kerajaan pusat kerana kerajaan negeri yang bijak tahu cara meminjam paling banyak wang daripada kerajaan pusat.

Menteri besar Pahang itu dipetik Sin Chew Daily berkata, cara paling bijak dalam dunia keusahawanan ialah menggunakan sepenuhnya pinjaman bank kerana menggunakan dana sendiri untuk melabur lebih berisiko, begitu juga dengan kerajaan negeri.

“Ketika saya mengambil alih jawatan menteri besar, Pahang berhutang kira-kira RM1.59 bilion dengan kerajaan pusat, dan kini selepas lebih 10 tahun, Pahang berhutang RM3.13 bilion dengan kerajaan pusat, ditambah pinjaman Maybank sebanyak RM180 juta, jumlah hutang kini ialah RM3.31 bilion.”

Beliau ketika membentangkan Bajet Pahang 2018 semalam berkata, kebanyakan wang itu digunakan untuk menaik taraf perkhidmatan bekalan air berjumlah RM2.21 bilion.

“Pinjaman lain termasuk untuk program perumahan peringkat awal dan penganjuran temasya Sukan Malaysia, juga bagi pasca banjir dan projek penambahbaikan selepas banjir besar pada 2014.’

Adnan turut menyifatkan hubungan kerajaan negeri dan pusat umpama “anak-beranak” dan tiada bapa yang akan meminta anaknya membayar hutang.

“Malah, kerajaan Kelantan yang ditadbir parti pembangkang turut mendapat pinjaman dari kerajaan pusat. Kerajaan Pahang dan kerajaan pusat dipimpin parti sama, jadi kamu tidak perlu bimbang kerajaan negeri akan disenaraikan peminjam terbesar.”

Ketika bercakap di Dewan Undangan Negeri Pahang, beliau berkata, cukai yang dibayar rakyat akan diserahkan kepada kerajaan pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), di mana cukai pendapatan, duti eksais serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) ialah sumber pendapatan kerajaan pusat.

“Pahang membayar RM1.3 bilion GST pada 2016, cukai pendapatan sebanyak RM1.06 bilion dan syarikat Genting pula membayar cukai hiburan sebanyak RM180 juta.”

Katanya, setakat kelmarin, Pahang membayar sejumlah RM1.8 bilion GST kepada kerajaan pusat dan ini bermakna negeri itu banyak menyumbang kepada kerajaan pusat.

Beliau berkata, kerajaan pusat akan memberi peruntukan berdasarkan jumlah populasi dan panjang jalan raya.

“Kerajaan negeri pula boleh meminjam daripada kerajaan pusat berdasarkan keadaan. Siapa jadi kerajaan negeri, mereka perlu bijak meminjam wang daripada kerajaan pusat.”

Adnan berkata, kerajaan Pahang mengukuhkan kewangan negeri melalui penubuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, GLC berkenaan menghulurkan 2 kali bantuan tahun ini untuk membiayai program memanfaatkan rakyat anjuran kerajaan negeri.

“Ini bermakna kedudukan kewangan kerajaan negeri adalah stabil, kamu semua tak perlu risau.”

Beliau juga berseloroh kerajaan negeri tidak boleh memberitahu kerajaan pusat keadaan kewangan GLC atau mereka akan meminta Pahang melangsaikan hutang.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...