Di dalam politik, mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan berjaya meraih sokongan daripada pengundi. Ada diantaranya sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan, ada yang berjanji bulan dan bintang tetapi tidak mampu untuk di laksanakan dan ada juga diantaranya sanggup memainkan sentimen agama dan bangsa demi memastikan golongan yang disasarkan itu menyokong mereka.
Inilah yang berlaku terhadap Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal. Dlaam satu ucapannya di hadapan penyokong Warisan Sabah yang rata-ratanya terdiri dari penganut agama Kristian di Keningau pada 19 November lalu, dia berkata, dia akan mempertahankan kesucian agama Kristian di Sabah dan akan memastikan agama Kristian akan menjadi agama.
Sekali imbas, tidak ada apa-apa yang salah dalam hal ini kerana setiap pemimpin haruslah menjaga kesaksamaan agama di negara ini terutamanya di Sabah dan Sarawak yang mana penganut agama Kristian lebih ramai dari penganut agama Islam.
Namun yang salahnya adalah, Shafie seperti terlalu terdesak untuk mendapat sokongan sehinggakan sanggup mengwar-warkan bahawa akan meletakkan agama Kristian jauh di atas agama Islam yang dia anuti dan sudah tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan, di mana Sabah juga tertakluk di bawah perlembagaan yang sama.
Adakah hari ini Shafie Apdal sudah terlalu terdesak untuk meraih sokongan sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian? Adakah dia merasakan, sudah tiba masanya untuk beretorik dengan penganut agama Kristian di Sabah sedangkan semasa dia menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dahulu, tidak banyak gereja di bina di bawah bidang kuasa beliau?
Lebih menghairankan, Timbalannya, Darell Leiking dilihat beberapa kali membuat kenyataan yang mempertikaikan kesucian ayat-ayat Al Quran. Malah, Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang mahu memperkasakan bidang Syariah juga kerap kali di putar belitkan. Di mana suara Shafie Apdal dalam isu ini?
Bukan ingin mempertikaikan apa yang diluahkan oleh Shafie Apdal. Cuma berhentilah dari memanipulasikan agama dan kaum hanya untuk meraih sokongan politik. Tidak perlulah membuat janji yang dia sendiri tidak mampu laksanakan kerana dikhuatiri, dari kata-katanya dan Timbalannya kelak akan menimbulkan suasana tegang di Sabah sama seperti mana yang berlaku di Ambon dahulu.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini