Setelah Pulau Pinang secara rasminya mengumumkan bajet negeri yang dilihat langsung tidak mencerminkan usaha untuk membela nasib rakyat, hari ini tiba pula giliran kerajaan negeri Selangor pula untuk membentangkan bajet mereka.
Namun begitu, disebalik pembentangan bajet berkenaan, apa yang menimbulkan sedikit persoalan adalah, di mana kerahsiaan bajet berkenaan sehinggakan isteri kepada Datuk Seri Azmin Ali, Datin Seri Shamsida Taharin boleh dengan sewenang-wenangnya memuat naik teks pembentangan bajet berkenaan di laman sosial miliknya?
Berlainan dengan cara kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengutamakan kerahsiaan mengenai teks bajet berkenaan sehinggakan isteri beliau sendiri, Datin Seri Rosmah Mansur pun tidak tahu akan isi kandungannya, teks bajet negeri Selangor dilihat hanya diletakkan diatas meja di rumah Azmin sendiri dengan isterinya mungkin boleh membaca teks berkenaan.
Apakah ini nilai bagi belanjawan kerajaan negeri Selangor sehinggakan teks seumpama ini pun boleh dibiarkan begitu sahaja? Bayangkan sekiranya rumah Menteri Besar Selangor berkenaan dipecah masuk, mungkin teks ini akan tersebar labih awal dan segala kerahsiaan yang disimpan oleh Azmin dan kerajaan negeri Selangor, akan terbuka dengan sendirinya.
Paling utama, sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Datin Seri Rosmah, mungkin Malaysia ini tunggang terbalik dikerjakan oleh pembangkang dan pengikutnya. Pastinya ada yang menunding jari kepada Datuk Seri Mohd Najib dengan tuduhan Perdana Menteri tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
Sepatutnya, teks seumpama ini disimpan di satu lokasi yang selamat dan dikawal dengan ketat. Mungkin tujuan utama Azmin membawa pulang teks ini adalah untuk menyediakan dirinya berucap di Sidang DUN negeri Selangor. Namun, sebagai Menteri Besar, dia seharusnya faham bahawa teks ini adalah sebahagian daripada kerahsiaan sesebuah kerajaan negeri.
Oleh yang demikian, apa yang dilakukan Azmin ini boleh dianggap satu kesalahan dan mengkhianati kepercayaan rakyat negeri Selangor terhadapnya. Jangan pandang mudah teks sebegini kerana ianya mengandungi jumlah dan kedudukan kewangan kerajaan negeri dan paling utama, kerahsiaan yang terkandung di dalamnya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini