Get $25 free
loading...

Puteri Jerantut Patut Berucap Berdasarkan Fakta

TINDAKAN Perwakilan Puteri Umno Pahang Norsarfinaz Mohd Azman memberi pesanan ‘keras’ kepada kerajaan, mendesak pemimpin berhenti menutup kononnya ‘kebenaran’ mengenai ekonomi negara menunjukan beliau telah gagal memahami keadaan ekonomi negara yang sebenar dan lebih percaya kepada fitnah propaganda pembangkang pimpinan DAP.

Beliau sebagai pemimpin Puteri UMNO perlu melengkapkan diri dengan maklumat dan fakta yang betul dalam menjalankan tugas mewakili parti tersebut. Apabila beliau diberikan tugas untuk berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016, sepatutnya beliau mengunakan fakta yang betul dalam membuat tuduhan, desakan dan sebagainya.

Semasa Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak membuat ucapan dasar pagi tadi, beliau menegaskan bahawa kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO ini bersama parti-parti komponen, telah menempa kejayaan demi kejayaan serta rekod prestasi yang cemerlang dan mampu diperbanggakan.

Contohnya, melalui Dasar Transformasi Nasional, mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, namun KDNK pada suku ketiga tahun 2016, Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan KDNK sebanyak 4.3 peratus dan kita yakin sasaran 4 hingga 4.5 peratus pada tahun 2017 pula akan tercapai.

Namun demikian, ada juga segelintir pihak yang tak suka dengan apa pun yang telah kita lakukan. Bila tiada pelaburan, mereka kata kita gagal. Bila kita bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gadai negara.

Pembangkang pimpinan DAP cuba menyebarkan propaganda bahawa Malaysia akan bankrap walaupun tuduhan tersebut amatlah tidak berasas dan dusta sama sekali. Ironinya, Norsarfinaz seolah-olah mengunakan propaganda pembangkang tersebut untuk menyampaikan ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung 2016.

Ramai pihak amat terkilan dengan tindakan  Perwakilan Puteri Umno Pahang tersebut. Kita amat maklum bahawa pihak pembangkang pimpinan Mahathir sengaja buat-buat tak faham, tentang kedudukan sesebuah negara yang dianggap muflis, sedangkan, penarafan yang dibuat, tidak oleh pihak sebarang-sebarang, contohnya bukanlah oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan atau DAP, atau PKR, atau Mat Sabu, tetapi rating atau penarafan rekod kejayaan mana-mana negara, telah dipersahihkan oleh badan-badan serta agensi antarabangsa yang teriktiraf akan kewibawaannya di serata dunia.

Malah penarafan terkini Malaysia, berada dalam rating kumpulan A. Oleh itu, istilah muflis atau bankrap itu, jauh sekali malah tidak ada dalam kamus ekonomi Malaysia! Insya-Allah.

Norsarfinaz dengan angkuh berkata kerajaan sepatutnya berhenti memandang rendah kebijaksanaan golongan belia hari ini. Hakikatnya, beliau sendiri yang menyebabkan diri beliau dipandang rendah atas kejahilan dan kedangkalan beliau dalam menilai fakta dan fitnah. Norsarfinaz jelas memilih untuk percaya propaganda pembangkang bahawa negara akan muflis dan mengabaikan penarafan rekod kejayaan negara yangtelah dipersahihkan oleh badan-badan serta agensi antarabangsa yang diiktiraf akan kewibawaannya di serata dunia.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...