Get $25 free
loading...

Mukhriz Gentar Serangan Politik Maya?

Antara parti pembangkang yang begitu banyak diperkatakan ramai pihak hari ini adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Parti yang diasaskan secara bersama oleh Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin kini dilihat sedang mengalami pergolakan dalaman akibat krisis kepimpinan dan di selubungi skandal seks yang membabitkan kepimpinannya.

Sebagai parti yang berusia 3 bulan ini, pastinya parti ini menjadi sasaran ramai pihak samada dari kalangan parti lawan mahupun sekutu mereka yang mahu melihat, sejauh mana parti ini mampu bertahan. Melihat tentang perkara ini, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz tampil menangkis sebarang tohmahan yang dilemparkan keatas parti berkenaan.

Seperti biasa, jarinya begitu mudah menunding kepada musuh politiknya, UMNO dan Barisan Nasional. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Sinar Harian hari ini, beliau mendakwa, para pengamal media sosial dari UMNO dan dan Barisan Nasional telah bertindak menyerang partinya dan melaga-lagakan kepimpinan PPBM.

Agak menghairankan, apa asasnya dakwaan beliau ini? Jika PPBM tidak mempunyai masalah dalaman seperti yang sedang berlaku sekarang, kenapa Mukhriz gentar sehingga begitu mudah menunding jari kepada pengamal media sosial UMNO dan Barisan Nasional? Bukankah beliau sendiri mempunyai pasukan media sosialnya sendiri untuk mempertahankannya 24 jam sehari, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun?

Sepatutnya, Mukhriz tampil meredakan keadaan yang berlaku di dalam PPBM terlebih dahulu sebelum tampil menuduh pengamal media sosial UMNO dan Barisan Nasional menyerang PPBM dan dirinya. Tindakan seumpama ini menyerlahkan lagi, sememangnya terdapat masalah dalaman yang membelenggu PPBM sejak terbongkarnya skandal seks yang melibatkan bekas Ketua Srikandinya, Anina Saaduddin.

Dalam arus dunia media sosial hari ini, sememangnya agak sukar untuk mendapatkan sumber berita yang sahih. Namun, ianya bukan menjadi penggalak buat mana-mana pihak menyebarkan berita yang tidak sahih sehingga mengelirukan orang ramai.

Jika Mukhriz mendakwa pengamal media sosial UMNO dan Barisan Nasional adalah penyebar berita yang melaga-lagakan kepimpinan parti, bagaimana pula sikap biadab dan kurang ajar para penyokong PPBM dan pembangkang selama hari ini? Mereka juga turut bertanggungjawab menyebarkan pelbagai berita palsu sehingga ianya turut memburukkan imej kerajaan.

Adakah pada Mukhriz, apa yang menimpa kerajaan hari ini halal dan menghentam partinya adalah haram? Mukhriz patut lihat modus operandi para penyokongnya sendiri dalam mereka cerita fitnah kepada kerajaan. Jika mereka tidak memulakannya, tidak mungkin para penyokong kerajaan akan melancarkan serangan.

Untuk mendakwa pengamal media sosial UMNO dan Barisan Nasional memulakan fitnah, adalah sesuatu yang tidak adil. PPBM sendiri sudah mengalami masalah kepimpinan sehinggakan apa yang berlaku di dalam parti telah terdedah kepada pengetahuan umum. Adakah ini masih menjadi kesalahan pengamal media sosial UMNO dan BN?

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...