Jika kita melalui Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara, pasti pandangan kita akan terarah kepada satu papan tanda besar tertulis perkataan IPOH. Ia menandakan kita sudah memasuki Ibu Negeri Perak Darul Ridzuan di mana lokasi papan tanda ini terletak di Gopeng, Perak.
Selama terdirinya papan tanda berkenaan, belum pernah ada mana-mana pihak berani untuk memanjat papan tanda berkenaan namun baru-baru ini, terdapat sekumpulan remaja, tanpa menghiraukan nyawa mereka, sanggup memanjat papan tanda berkenaan.
Melihat akan hal ini, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan sekumpulan remaja berkenaan. Berikut merupakan kenyataan penuh MBI berhubung perkara ini.
“Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat signboard ‘Ipoh’.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat signboard ‘Ipoh’ kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut. Sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan ‘IPOH’ tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.
MAJLIS BANDARAYA IPOH”
Berikut beberapa gambar yang telah menjadi viral di laman-laman sosial sejak pagi ini.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini