Get $25 free
loading...

Letak jawatan hanya sandiwara dan ugutan politik Azmin, kata Noh

Ini kerana, katanya Azmin sebagai menteri besar selama ini mampu menguruskan kerajaan negeri Selangor yang dilihat seperti carca marba.

noh-omar-azmin-1

PETALING JAYA: Tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hanya sandiwara, kata Tan Sri Noh Omar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata alasannya meletakkan jawatan sebagai presiden kerana tidak sehaluan dengan exco persatuan berupa kenyataan ugutan politik.

“Sebagai menteri besar, Azmin tahu tanggungjawabnya bukan saja untuk membangunkan prasarana dan ekonomi negeri tetapi pembangunan sukan yang menjadi wadah anak muda Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noh,berkata tindakan Azmin itu secara tidak langsung menetapkan syarat kepada exco FAS iaitu mereka perlu meletakkan jawatan jika mahu beliau meneruskan tugasnya sebagai presiden.

“Adakah beliau mengharapkan penyokong merah kuning akan berdemonstrasi supaya mendesak beliau terus memegang jawatan presiden FAS?” soalnya.

Semalam, Azmin memutuskan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sejak Disember 2014 dan dalam kenyataannya, beliau berkata exco FAS sedia ada berterusan mengekalkan sikap dan budaya politik berlebih-lebihan, bekerja cara lama dan amat bergantung pada mentaliti subsidi.

Noh berkata alasan tidak boleh bekerjasama dengan exco FAS tidak boleh diterima kerana sebelum ini Azmin mampu menguruskan kepimpinan kerajaan negeri yang dilihatnya sebagai kerajaan carca marba.

“Alasan tidak boleh bekerjasama dgn exco FAS tidak boleh diterima akal kerana kerajaan negeri Selangor terdiri dalam parti carca marba.

“Azmin mampu menguruskan kerajaan negeri yang sentiasa menghadapi kemelut kepimpinan, ditambah pula dengan PAS yang tidak ada dalam Pakatan Harapan tetapi masih menjadi exco,” katanya.
FAS dilaporkan mengalami krisis kewangan selepas tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri untuk perbelanjaan musim depan.

Susulan kegagalan pengurusan menyelesaikan masalah kewangan persatuan, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin “mencadangkan” mereka supaya berundur agar “pasukan berkebolehan yang baharu dapat memulihkan organisasi tenat ini”.

Azmin memberi jaminan kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan kepada kemajuan sukan bola sepak negeri melalui kaedah baharu yang akan diputuskan kelak.

Tak tahan politik FAS, Azmin letak jawatan presiden


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...