Menjelang pengakhiran tahun 2016, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru sahaja mencecah usia 3 bulan dilihat bergolak. Mungkin ada yang mengandaikan pergolakan ini merupakan khabar angin bagi memburukkan imej parti bunga berkenaan namun hakikatnya, pergolakan dalaman parti ini tidak dapat ditutup dengan mudah oleh kepimpinan mahupun ahlinya.
Bermula dengan tindakan pentaksub tegar Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bertindak meninggalkan parti pada 27 Oktober lalu atas alasan tidak dapat menerima Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden parti, terbaharu, Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor pula bertindak meninggalkan parti hari ini.
Alasan yang dikemukakan Ezam adalah untuk memberikan tumpuan terhadap gerak kerja Hisbah khususnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda pada tahun hadapan. Agak ganjil untuk mendengar alasan karut Ezam ini sebenarnya.
Ezam, seperti yang diketahui kononnya ada menyimpan 6 buah kotak bukti penyelewengan Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dahulu. Namun, beliau bertindak hipokrit apabila secara rasmi menyerahkan borang keahlian PPBM pada Muhyiddin pada 13 Oktober lepas dengan mengenepikan 6 buah kotak bukti penyelewengan Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri.
Disaat PPBM sendiri berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk pergolakan dalaman yang melibatkan krisis kepimpinan, Ezam sekali lagi mencontohi Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali melompat meninggalkan parti yang dinaunginya.
Walaupun Ezam mendakwa mahu menumpukan gerak kerja Hisbah, NGO naungannya, ia tidak dapat menutup pergoolakan ddalaman PPBM yang menyaksikan kedudukan Muhyiddin selaku Presiden PPBM goyah akibat skandal seks. Tambahan pula, alasan mahu memberi tumpuan kepada isu 1MDB dan Felda dilihat lebih menjuruskan arah tuju politik Ezam kepada PKR.
Umum mengetahui, isu yang membabitkan 1MDB sebenarnya sudah menemui titik penyelesaiannya. Rasionalisasi yang dilaksanakan 1MDB sepanjang tahun ini telah menyaksikan syarikat perlaburan berkenaan semakin bebas dari sebarang belenggu hutang. Justeru agak menghairankan, apa yang mahu ditumpukan Ezam dalam kes 1MDB?
Bagi Felda pula, ianya sudah menjadi peluru terbaru Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sejak dua bulan kebelakangan ini. Adakah Ezam mahu mengambil alih kerja kotor yang sedang dilaksanakan Rafizi hanya untuk kepentingan politiknya semata-mata?
Mungkin bagi mereka yang baru mengenali Ezam, mereka akan mendakwa, Ezam adalah seorang ahli politik yang tetap pendiriannya. Namun bagi pemerhati politik, Ezam tidak lebih dari sekadar ahli politik “katak” yang akan melompat jika berhadapan dengan masalah dan tidak akan malu untuk menjilat semula ludahnya andai ianya boleh memberikan kelebihan kepada dirinya.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini