Ketua pengarah kesihatan berkata ia susulan kejadian 2 kes di klinik swasta di mana kanak-kanak yang disunatkan dilapor mengalami komplikasi.
KUALA LUMPUR: Pengamal perubatan sama ada swasta atau awam perlu menjalankan latihan untuk melakukan kerja bersunat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pengamal perubatan swasta atau awam yang tidak menjalankan latihan sedemikian.
Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Noor Hisham berkata walaupun ia merupakan prosedur biasa, namun komplikasinya boleh menjadi teruk kepada pihak yang disunatkan.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada 2 kes di mana kanak-kanak yang disunatkan dilapor mengalami komplikasi.
Dua kes dilaporkan bulan ini membabitkan kanak-kanak berumur 9 dan 10 tahun yang bersunat di 2 klinik berasingan di sini.
Bahagian sulit mereka dilaporkan terputus.
Dr Noor Hisham berkata setelah dibuat pembedahan, kedua-dua kanak itu boleh membuang air kecil, namun buat masa ini masih terlalu awal untuk menentukan kekurangan yang mungkin mereka alami apabila dewasa kelak.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini