Get $25 free
loading...

Rafizi: Saya sudah disiasat, Felda bila lagi?

Naib Presiden PKR akan menyerahkan semua bukti dakwaan salah laku dalam Felda kepada polis

rafizi-felda-cop-1

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini disoal polis berhubung kenyataan mengenai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ahli Parlimen Pandan itu disoal hampir 2 jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berkenaan projek perumahan Felda dan syarikat Eagle High Plantation Tbk (EHP).

Rafizi berkata semua bukti dakwaan salah laku yang ada padanya akan diserahkan kepada polis Selasa depan.

“Saya akan serah laporan kewangan, laporan audit dan juga jawapan Parlimen mengenai Felda yang ada pada saya,” katanya kepada pemberita di luar balai.

Rafizi berharap polis akan menjalankan siasatan secara terperinci.

“Dalam laporan kewangan tahun berakhir 2014, audit menghapus kira RM193 juta daripada projek perumahan Felda.

“Pasti ada penggelapan dana. Saya mahu pihak berkuasa siasat pegawai Felda, pemilik dan mereka yang menyerahkan tender projek.”

Rafizi menambah polis perlu menyiasat keputusan pembelian saham EHP, urusniaga yang beliau khuatiri mempunyai unsur rasuah.

“Ahli lembaga yang faham kedudukan kewangan Felda yang teruk ketika ini, tidak akan bersetuju dengan urusniaga itu.

“Urusniaga itu terdedah kepada rasuah dan saya mahu polis siasat semua unit Felda yang mengalami kerugian.”

Rafizi akui ada pengadu yang tampil mengenai program tanam semula Felda.

“Saya mahu tender yang dianugerahkan untuk program tanam semula disiasat.”

Khamis lepas, Rafizi membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat pengurusan Felda, memandangkan impak negatif ke atas dana lembaga itu sejak beberapa tahun lalu.

Mengulas pembelian saham EHP, Rafizi merancang untuk menggunakan urusniaga itu, yang bernilai RM2.26 bilion, untuk menjelajah estet Felda dan memberitahu warga peneroka mengapa pembelian 37% kepentingan dalam EHP itu langkah yang salah.

Rafizi percaya langkah itu akan membawa kepada kejatuhan BN kerana peralihan undi 3% sehingga 5% dalam kalangan pengundi Felda diperlukan untuk menewaskan pakatan pemerintah.

Rafizi berkata pembelian EHP, anak syarikat Kumpulan Rajawali, tidak memberi manfaat kepada peneroka Felda kerana ia mengurangkan lagi dana Felda yang kering.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...