Get $25 free
loading...

Banjir Sedalam Dua Meter Di Kuala Krai

Kota Bharu: Beberapa buah kampung di Kuala Krai iaitu Mengkebang, Sungai Durian, Keroh dan Chenulang mula dinaiki air sekurang-kurangnya dua meter berikutan hujan lebat dan angin kencang, hari ini.Penduduk, Rokiah Ahmad, 28, berkata air di kawasan rumahnya di Kampung Mengkebang melebihi paras dua meter dan mula memasuki rumah, sejak kira-kira 4 pagi.

Katanya, hujan lebat sehari menyebabkan paras air meningkat dengan cepat.

“Saya tidak sempat berbuat apa-apa termasuk memindahkan barangan berharga seperti perabot ke tempat yang tinggi.

“Namun, harapan saya supaya air cepat surut dan berdoa supaya banjir 2014 tidak berulang,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, beberapa jalan sudah ditutup kepada kenderaan ringan, pada kira-kira 7 pagi ini.

Ini termasuk jalan hadapan Petronas Guchil, bawah jambatan kereta api dekat Tasik Kuala Krai dan Sungai Durian yang dibuka satu lorong kerana air bertakung.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...