Get $25 free
loading...

3,000 askar diarah siap siaga hadapi bencana banjir

Angkatan Tentera Malaysia juga sedia membantu ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah

atm-banjir

KOTA BHARU: Hampir 3,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah tanggungjawab 2 Divisyen merangkumi Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis dalam keadaan siap siaga menghadapi bencana banjir.

Panglima 2 Divisyen Mej Jen Datuk Mohd Ramli Jaafar berkata pihaknya akan mengatur gerak anggotanya apabila khidmat diperlukan di sesuatu kawasan yang terjejas dengan bencana itu.

“Keadaan banjir masih lagi stabil (terutama di Kelantan dan Terengganu) keadaan tak begitu menjejaskan dan kami masih memantau perkembangan semasa bencana berkenaan.

“Kami ada pasukan pemantau yang bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan jawatankuasa banjir di peringkat daerah dan jajahan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perjumpaan Veteran Batalion Ke-5, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem 21 RAMD Pengkalan Chepa yang turut dihadiri Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Nazari Abd Hadi di sini, hari ini.

Ditanya mengenai sesi persekolahan yang mungkin terjejas dengan bencana itu, Mohd Ramli berkata pihaknya akan menyediakan bot bagi menghantar pelajar dan murid ke sekolah jika banjir berlaku di kawasan mereka.

“Setakat ini kami masih belum dihubungi untuk sebarang bantuan. Tapi kami bersedia kalau sekiranya memerlukan bantuan daripada kami…kami buat seperti yang kami laksanakan pada tahun lepas. Kami siapkan bot dan sebagainya untuk bantu anak-anak ke sekolah,” katanya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...