Kesemua 50 penumpang terselamat walaupun kereta api yang dinaiki tergelincir kerana tanah runtuh akibat hujan lebat
PETALING JAYA: Hujan lebat di pantai timur Malaysia Barat mengakibatkan tanah runtuh yang menyebabkan sebuah kereta api tergelincir pagi tadi di laluan Bukit Abu-Dabong di Kuala Krai, Kelantan.
Perkhidmatan kereta api di laluan itu terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi tadi tetapi laluan pantai timur yang lain masih beroperasi seperti biasa.
Ketua Komunikasi Korporat KTMB Ridhwan Arshad memberitahu FMT: “Berdasarkan laporan awal yang kami terima pagi tadi, kira-kira 50 penumpang terbabit dalam kejadian itu dan tiada yang terbunuh atau cedera.
“Mereka yang terkesan dipindahkan ke stesen berhampiran dengan bas. Kami berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan sistem dalam masa 48 jam.”
Ridhwan berkata KTMB tidak akan menghentikan perkhidmatan kereta api ke pantai timur.
“Laluan lancar dari Gemas ke Gua Musang dan Tanah Merah. Sekiranya kereta api menuju ke pantai timur terjejas akibat banjir, kami akan sediakan pengangkutan alternatif seperti bas untuk menghantar mereka yang terkandas ke stesen berhampiran.”
Katanya KTMB akan menjaga kepentingan para penumpang secara berterusan.
“Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk meringankan beban penumpang.”
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini