Get $25 free
loading...

Kemaluan Anak Gagal Dicantumkan, HKL Dipersalahkan?

Doktor swasta yang terpotong kemaluan anak. Kemudian, dibawa ke hospital swasta namun ditolak. Setelah itu, anak terbabit dihantar ke HKL. Sekarang, yang jadi pak sanggup untuk ‘cuci taik’ yang dilakukan oleh orang lain adalah hospital kerajaan zalim bernama HKL. Akhirnya, HKL yang kena maki hamun.Dalam pada itu, HKL pula diwujudkan persepsi seolah2 tiada kepakaran. Sedangkan pesakit tu dirawat di centre of urology, pediatric surgery, plastic surgery negara!!!

Kenapa hospital swasta tolak? Sebab mereka tidak mampu rawat dan tahu kadar komplikasi tinggi. Mereka nak elak nama masuk surat khabar seperti yang HKL kena.

Peguam tersebut pula suruh refer ke hospital di Singapura atau Arab Saudi. Walau bagaimanapun, Singapura dan Arab Saudi akan tolak dan tidak mahu terima kes ini. Ini kerana, lagi lama tangguh nak cantum, lagi tinggi kegagalan pembedahan sebab tisu-tisu kulit terpotong akan mati.

Kami faham dan turut bersimpati atas kejadian yang menimpa anak tersebut. Kami dapat merasakan perasaan kecewa dan marah ahli keluarga mereka di atas kejadian yang kami juga tidak boleh terima sekiranya berlaku kepada anak-anak kami.

Bagaimanapun, menyalahkan dan menimbulkan persepsi seolah-olah rawatan yang diberikan substandard dan tiada kepakaran adalah merupakan suatu perbuatan yang tidak boleh diterima. Yang kena tuduh tu hospital no 1 negara yang segala tok nenek kepakaran ada di situ. Bak kata mat saleh, “you are barking at the wrong tree”.

#TERPOTONG_KEMALUAN_KETIKA_KHATAN #HKL_JUGAK_YANG_SALAH?
-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...