Get $25 free
loading...

Banjir: Terengganu, Kelantan di tahap berjaga-jaga

Penduduk sudah mula dipindahkan di Terengganu manakala Kelantan terus memantau aras air di 3 sungai

banjir-ganu-kelantan

PETALING JAYA: Terengganu memindahkan beberapa penduduk ke pusat perlindungan ketika paras air di 5 sungai naik manakala Kelantan terus memantau 3 sungai yang mencecah tahap berjaga-jaga.

Hujan lebat yang berterusan di beberapa daerah di Terengganu menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air sejak awal hari ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu berkata paras air di 5 sungai melebihi tahap biasa.

Sementara paras air Sungai Telemong di Kuala Ping, berhampiran Hulu Terengganu berada di tahap bahaya.

Dua sungai di daerah Setiu sudah melebihi tahap berjaga-jaga, iaitu Sungai Chalok, yang naik 50% daripada paras biasa 5m dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, yang kini berada di paras 20m (paras biasa 17m).

Dua sungai lain, Sungai Besut di Kampung La berada di paras 19.82m (biasa 16.5m) dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan pula 2 kali ganda daripada paras biasa 1m.

Di Kelantan, paras air di 3 sungai naik ke tahap berjaga-jaga setakat 10.00 pagi tadi, susulan hujan lebat di kawasan pedalaman sejak malam semalam.

Jabatan Pengairan dan Saliran berkata paras air di Sungai Galas, Dabong mencecah 34.15m, melebihi tahap berjaga-jaga 32m.

Manakala paras air di Sungai Lebir, Tualang tinggi sedikit daripada paras biasa.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...