Persidangan Agung UMNO 2016 kali ini menyaksikan untuk tahun ke 16, Pergerakan Puteri UMNO mengambil tempat dalam PAU kali ini. Seperti pergerakan sayap Pemuda dan Wanita UMNO, Pergerakan Puteri juga mempunyai visi mereka yang tersendiri untuk memastikan pergerakan ini kekal relevan dalam UMNO.
Kesempatan untuk menemubual Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan semalamtelah menyerlahkan apa yang diimpikan oleh pergerakan ini serta masalah yang dihadapi oleh pergerakan ini.
Ujar beliau, Puteri sentiasa bersiap sedia untuk membantu kesemua jentera pilihan raya yang lain untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional mendapat kemenangan mutlak pada pilihan raya yang akan datang. Kesiap siagaan Puteri dalam hal ini benar-benar serius dan komitmen mereka sememangnya tidak dapat di persoalkan lagi.
Zahida turut menegaskan bahawa Pergerakan Puteri bukan hanya pelengkap buat UMNO. Hari ini, Puteri UMNO mempunyai kira-kira lebih 300 ribu orang ahli yang majoritinya sentiasa bersedia untuk menyumbangkan sesuatu yang bermakna terhadap parti.
Namun, cabaran paling utama untuk pergerakan ini adalah, setiap tahun, pergerakan ini akan kehilangan 25 hingga 30 ribu orang ahli akibat perubahan umur ahlinya. Umum mengetahui, had umur bagi ahli Pergerakan Puteri UMNO adalah 35 tahun dan adalah menjadi cabaran untuk menggantikan tempat-tempat mereka bagi meneruskan momentum kekuatan pergerakan ini.
Disebabkan keperluan untuk menambah keahlian pergerakan inilah yang menyebabkan pergerakan ini sentiasa melancarkan gerak kerja untuk mencari ahli-ahli baru pergerakan ini. Malah menurut Zahida, sebaik sahaja PAU 2016 ini menutup tirainya secara rasmi, Puteri UMNO akan meneruskan perancangan yangt elah dirancang sebelum ini untuk menarik keahlian baru untuk Puteri.
Ianya sekaligus mengenepikan sebarang dakwaan yang mendakwa pergerakan ini terlalu lembab dan perlahan untuk mencari ahli baru kerana menurut Zahida, usaha pencarian ahli baru sebenarnya sudah digerakkan oleh Puteri hampir setiap bulan sebelum ini.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini