Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semalam dikejutkan dengan pengumuman terbukan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang menyatakan bahawa, ini adalah penggal terakhir beliau untuk mengetuai pergerakan sayap utama UMNO berkenaan. Ujar beliau, sudah tiba masanya tempat beliau diambil alih oleh tenaga dan idea baru untuk mengukuhkan lagi pergerakan ini.
Berikutan pengumumannya ini, timbul beberapa nama yang dikaitkan dengan jawatan nombor satu Pemuda ini. Antara nama yang dikaitkan dengan jawatan ini adalah Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam. Beliau dikaitkan dengan jawatan ini berikutan tersebarnya beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau ada berbual kosong dengan Presiden UMNO sebelum ini.
Ketika diajukan soalan mengenai khabar angin yang tersebar semalam di sebuah restoran terkenal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengah hari tadi, beliau menafikan sebarang kaitan beliau dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Beliau menyifatkan khabar angin berkenaan adalah gurauan semata-mata kerana beliau lebih berminat untuk menumpukan khidmatnya dalam membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mendekati rakyat disamping mengukuhkan parti.
Dengan penafian Datuk Lokman ini, kini hanya tinggal beberapa nama yang masih dikaitkan dengan jawatan ini seperti Khairul Azwan Harun, Jamawi Jaafar, Muammar Gaddafi Jamaluddin, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan dua lagi nama yang turut dikaitkan dengan jawatan ini.
Namun begitu, pergerakan Pemuda mungkin boleh melupakan buat sementara siapa yang yang bakal menggantikan Khairy Jamaludin sebaik sahaja penggalnya habis kelak. Ini kerana, apa yang penting buat UMNO hari ini adalah persiapan parti ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
Ianya sejajar dengan saranan pucuk kepimpinan parti yang mahu melihat, seluruh jentera sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO perlu menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran yang bukan alang kepalang pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Ianya harus disambut oleh seluruh ahli UMNO yang perlu mengutamakan parti terlebih dahulu sebelum memikirkan Pemilihan Agung Parti yang dijangka bakal diadakan pada tahun hadapan.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini