Get $25 free
loading...

#PAU2016 : Saya Sudah Terlalu Tua Untuk Menjadi Ketua Pemuda UMNO

Persoalan mengenai pengganti Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO yang akan datang terus menjadi tandatanya. Selepas penafian Datuk Lokman Noor Adam dengan spekulasi kemungkinan beliau akan bertanding untuk jawatan nombor satu sayap parti ini, terbaru, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron pula menolak sebarang kemungkinan untuk merebut jawatan berkenaan.

Ketika ditemui di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, beliau menegaskan, beliau sudah terlalu tua untuk bertanding jawatan berkenaan. Beliau berpendapat, jawatan berkenaan sepatutnya disandang oleh orang muda yang boleh membawa pergerakan berkenaan ke aras yang labih baik dari sebelumnya.

download-6

Beliau berpendapat, had aras umur 45 tahun yang sedang diamalkan kini sepatutnya diteruskan UMNO dalam membentuk pemimpin pelapis untuk akan datang. Sambil mengakui umurnya kini sudah mencecah 50 tahun, adalah lebih baik beliau menumpukan pembangunan negeri Melaka dari memikirkan jawatan dalam parti.

Untuk rekod, sebelum ini terdapat khabar angin yang mendakwa, Datuk Seri Ir. Idris Haron berkemungkinan bakal bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO bagi menggantikan Khairy Jamaluddin yang tidak lagi mempertahankan jawatannya pada Pemilihan Agung UMNO akan datang.

Dengan penafian ini, kini hanya tinggal Jamawi Jaafar, Khairul Azwan Haron, Muammar Gaddafi Jamaluddin, Armand Azhar Abu Hanifah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki sahaja nama yang disebut-sebut bakal bertanding untuk jawatan ini.

Pihak sidang redaksi sedang berusaha untuk mendapatkan respon dari kesemua mereka dalam masa terdekat.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...