Get $25 free
loading...

Peminat Nak Jadi Isteri Kedua Aeril Zafrel?

Terkini, pelakon Wawa Zainal meminta penjelasan suaminya, aktor Aeril Zafrel selepas seorang peminat wanita menawarkan diri untuk menjadi madunya di laman sosial Instagram (IG).

Peminat wanita tersebut telah menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri kedua Aeril pada ruangan komen di IG. Sementara, Aeril pula membalas komen tersebut dan meminta wanita itu memberitahu tentang hasratnya itu kepada Wawa.

Walau bagaimanapun, ia adalah sekadar gurauan di antara peminat dan pelakon, namun ada segelintir pengikut IG Aeril telah tersalah anggp dan mendakwa bapa kepada dua orang anak itu cuba menggatal.

Kemudiannya, Wawa memuatnaik sebuah video di IG miliknya dan meminta penjelasan Aeril mengenai perkara tersebut.

Melalui, video tersebut Wawa telah menulis kapsyen; “panas…panas..@aeril_zafrel menggatal??? betul ke ni? jom kita terjah!

Ketika itu, Aeril yang sedang memandu, telah memberikan penjelasan kepada isterinya dan memberitahu dia hanya bergurau sambil melayan komen peminat.

“Saya bergurau sahaja. Saya memang suka melayan komen peminat, kalau tak layan dikata sombong pula.Tak sangka pula viral” kata Aeril.

“Lagipun ketika saya membalas komen peminat itu Wawa ada di sebelah saya” katanya lagi.

Ini merupakan video penuh yang dimuat naik oleh Wawa Zainal:

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...