Nilai diri orang Melayu yang dibina oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas dirinya biarpun dirinya pernah dikritik berketurunan ‘India Muslim’ atau mamak sedikit demi sedikit terhakis apabila diketahui mula bersekongkol dengan parti pembangkang DAP.
Pandangan masyarakat mula serong kepada Dr Mahathir apabila beliau melancarkan Deklarasi Rakyat : Selamatkan Malaysia dulu yang gagal bersama-sama pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin pembangkang yang lain.
Kerosakan nilai Melayu Dr Mahathir sudah mula dirasakan apabila mengetahui beliau bertemu secara ’empat mata’ dengan Kit Siang kononnya mahu membincangkan berkaitan hal ehwal politik dalaman negara.
Tidak sampai beberapa minggu selepas itu, muncul deklarasi Dr Mahathir dan kemudian, semakin jelas kebencian politik beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sampailah ke hari ini dengan menubuhkan PPBM sebuah parti serpihan dari UMNO.
Adakah Dr Mahathir mahu menyerlahkan lebih sisi keturunan Mamak nya apabila di penghujung usianya ini kerana dulu bersungguh-sungguh memartabatkan dirinya sebagai Melayu tetapi kini nadanya amat amat berbeza sekali.
Pandangan beliau ke atas DAP sebagai sebuah parti cauvinis dan rasis Cina kini berubah dengan mengatakan DAP adalah parti pelbagai kaum yang tiada niat jahat ke atas bangsa Melayu dan sanggup duduk semeja dengan para pemimpin parti itu.
Lihat sahaja kesanggupan Dr Mahathir meminggirkan bangsa seagamanya sendiri di Myanmar yang dizalimi sebaliknya lebih mengutamakan parti DAP daripada memperjuangkan nasib rakyat bangsa Rohingya.
Betapa bencinya Dr Mahathir kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sehingga bangsa Melayu yang dijaga dan diperjuangkan oleh beliau diperlakukan sebegini rupa, ditinggalkan begitu sahaja dek kerana kerakusan kuasa.
Kini, nilai Kemelayuan dalam diri Dr Mahathir semakin merosot apabila semakin lama beliau semakin rapat dengan puak DAP dan mungkin dalam diri beliau sendiri pun sudah tidak ada sayang kepada orang Melayu. – pru14.tv
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
