Get $25 free
loading...

Rafizi dedah dokumen kaitkan isu RM800k pegawai Mat Sabu di siasat SPRM



15 Ogos - Naib Pengerusi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa beliau mempunyai dokumen mengesahkan bayaran meragukan berjumlah RM800,000 oleh seorang Pegawai Kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 Dalam satu kenyataan Rafizi berkata, dokumen tersebut mengesahkan bahawa status muflis orang kuat Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu diselesaikan dalam tempoh dua hari.

Menurut Rafizi, dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa empat bayaran yang meragukan masing-masing berjumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 dibuat dalam tempoh dua hari iaitu pada 30 Mei dan 31 Mei lalu.

"Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil dari 'crowd funding' atau biaya ramai yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut dari status muflis.

"Saya sukar menerima alasan ini kerana saya juga tahu seorang lagi pimpinan Amanah iaituMazlan Aliman masih belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan saudara Mazlan lebih dikenali dari pembantu Mohamad Sabu ini," kata Rafizi. - Utusan Malaysia 
Previous
Next Post »
loading...