Get $25 free
loading...

Zahid nasihat BN Sabah fahami prosedur hadapi PRU14

Timbalan perdana menteri itu berkata calon PRU14 mesti ada kredibiliti dan sokongan padu rakyat, tidak kira dia penyandang atau tidak.

mengundi-election-dakwatKOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati Barisan Nasional (BN) Sabah supaya memastikan segala prosedur bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) difahami.

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata Zahid menyatakan BN perlu realistik dan perlu memantapkan kesetiakawanan bagi memenangi PRU14.

“Kita perlu realistik. Siapa berhasrat mahu jadi calon, mesti ada kredibiliti dan sokongan padu rakyat, tidak kira dia penyandang atau tidak.

“Tetapi ini juga untuk semua negeri di Malaysia, bukan sahaja di Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat BN Sabah yang dipengerusikan Zahid malam tadi.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Rahman juga memberitahu BN sentiasa teliti dalam setiap langkah sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...