Get $25 free
loading...

Kerajaan Mungkin Selaraskan Sistem Pendidikan Hadapi Revolusi Industri

Share This:

Kerajaan dilihat mungkin menyelaraskan sistem pendidikan di negara ini dalam usaha menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) untuk memastikan kualiti pendidikan di negara ini terus terjamin selaras dengan arus kemajuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia boleh dicapai jika kerajaan terus memperoleh mandat daripada rakyat pada PRU14 nanti yang akan berlangsung pada tahun ini.

“Ini adalah satu daripada keutamaan saya dan selepas PRU, dengan mandat rakyat, kita perlu mengkaji perkara ini dengan teliti dan mungkin membuat perubahan,” kata beliau pada sesi ‘town hall’ dengan kakitangan Axiata dan Celcom di Axiata Arena di Bukit Jalil di ibu negara, semalam.

Najib berkata langkah sedemikian akan memastikan generasi akan datang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi IR4.0.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Berhad Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Semasa ditanya mengenai agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50), Najib berkata tempoh 30 tahun mulai 2020 adalah mencukupi untuk membawa kesan kepada perubahan dan menyaksikan pencapaian cemerlang masa depan.

Mengenai perkara lain, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata rakyat Malaysia terus menghormati satu sama lain bagi mengukuhkan lagi perpaduan di negara ini.

Kita perlu memupuk nilai-nilai teras tertentu seperti belajar berinteraksi dengan satu sama lain dan belajar menghormati satu sama lain supaya Malaysia dapat mencapai kemajuan sebagai sebuah negara yang harmoni.

Jika kita dapat mewujudkan lebih banyak detik-detik perpaduan, kita boleh mengukuhkan perpaduan dan kita perlu memerangi sebarang bentuk ekstremisme, kata beliau.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan berhubung kos sara hidup yang semakin meningkat, Najib berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani isu itu.

Beliau berkata antara lain, kerajaan memperkenalkan program untuk memenuhi keperluan rakyat seperti menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia ( KR1M) 2.0, Jualan Sentuhan Rakyat serta melaksanakan sistem pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) dan pelbagai skim subsidi.

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...