Get $25 free
loading...

Bekas tentera: Bukan Cina tak mahu, tapi proses pemilihan terlalu ketat

Bekas tentera: Bukan Cina tak mahu, tapi proses pemilihan terlalu ketat

Tan-Pau-baru

SHAH ALAM: Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (Macva) mendakwa kerajaan “terlalu memilih” dalam merekrut orang Cina yang mahu menyertai pasukan tentera dan polis.

Presiden Macva, Mejar (B) Tan Pau Son, berkata lebih 100 orang Cina mahu menyertai pasukan itu sejak 2 tahun lalu, tetapi ditolak atas alasan “mereka tidak cukup baik”.

Katanya, pegawai bukan Melayu melebihi orang Melayu dalam angkatan tentera, ketika beliau berkhidmat dengan pasukan itu pada 1960-an.

“Anda mungkin tidak tahu ahli Parlimen Umno di Parlimen mengadu mengapa orang bukan Melayu lebih ramai daripada orang Melayu dalam tentera,” katanya sambil menambah jumlah anggota bukan Melayu kemudiannya dikurangkan.

“Tetapi kemudian, orang Cina dituduh enggan menyertai perkhidmatan itu. Kenapa kurangkan jumlah mereka terlebih dahulu?” soalnya pada sidang akhbar di Kem Tentera Sungai Buloh hari ini.

Tan menjawab soalan mengapa orang Cina dan bukan Melayu tidak mahu berkhidmat untuk negara dengan menyertai pasukan keselamatan.

“Bukan sebab kami tidak mahu sertai, tetapi proses pemilihan sangat ketat terhadap orang Cina.

“Ini adalah sesuatu yang merugikan kita.”

Disember lalu, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata, pembahagian mengikut garis etnik yang jelas antara faktor orang bukan Islam mengelak menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, dasar tindakan afirmatif kerajaan pada 1980-an menyerap adalam pentadbiran tentera dengan “kata-kata pelik seperti ‘orang kita’ merayap dalam minda komander tentera”.

“Lambat tapi pasti, komander berkenaan melihat mereka di bawah jagaan mereka sebagai adik tiri atau anak tiri, tidak lagi sama seperti sebelumnya. Mereka membuatkan individu berkenaan rasa tidak penting dan tidak diingini.

“Sebaliknya, perasaan seperti ‘orang luar’ menyebabkan ramai rasa tidak disegani. Demikian bermula era individualistik serta sikap dan tingkah laku mementingkan dri sendiri dalam tentera.”

Arshad berkata, sebab lain ialah tentera lama-kelamaan semakin menumpukan agama Islam.

“Mulai penghujung 1980-an, tentera semakin bertumpukan agama dan bukan Melayu rasa lagi terenggang. Kehidupan di mes pegawai dan kehidupan askar ditentukan sensitiviti agama. Kesudahannya ia menjejaskan ‘esprit de corps’ dan kesetiakawanan dalam unit tentera pelbagai kaum.”

Sementara itu, Tan berkata, satu lagi faktor menyebabkan bukan Melayu tidak menyertai pasukan keselamatan ialah budaya buli.

Merujuk kes Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didakwa dipukul sehingga maut pada Jun tahun lalu, katanya, budaya buli mungkin lebih teruk dengan adanya lebih ramai orang bukan Melayu.

“Ini perlu dihentikan. Bukan sahaja untuk Melayu, tetapi untuk semua.”

Katanya, budaya “ragging” tidak dibenarkan dalam sistem kolej tentera di United Kingdom di mana pegawai kadet akan dibuang jika didapati berbuat demikian.

Zulfarhan, anak sulung daripada 4 beradik ialah pelajar tahun ke-2 peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM).

Beliau ditemui rakannya dengan kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap di sebuah pangsapuri di Sepang kira-kira malam 1 Jun 2017, sebelum meninggal dunia keesokannya.

Enam penuntut UPNM didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat UPNM, antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi 22 Mei 2017.

Mereka bersama 13 penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa untuk memerasnya bagi mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Sebab orang bukan Melayu tidak sertai tentera



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...