Get $25 free
loading...

TIADA LAYANAN ISTIMEWA BUAT SELEBRITI DALAM PEMBAYARAN CUKAI – BAHAGIAN 2

Share This:

Perbelanjaan penampilan artis atau selebriti dalam menghasilkan drama atau filem adalah dibenarkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan yang dibenarkan.

Sebelum sesuatu pertunjukan pentas umpamanya, persediaan yang diperlukan seperti jurusolek, sewa pakaian, pengurusan artis atau perjalanan ke tempat pertunjukan adalah merupakan perbelanjaan yang boleh dikira dalam potongan cukai yang menyumbang kepada pendapatan artis tersebut.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), Masrun Maslim menjelaskan penggiat seni sudah menerima pengecualian dari perbelanjaan operasi mereka tanpa jumlah tertentu selagi berkaitan dengan kerjaya mereka.

Namun demikian semua perbelanjaan yang telah dibelanjakan atau terlibat secara langsung dalam aktiviti seni mereka perlu disokong dan dibuktikan dengan resit, inbois, surat kontrak atau apa sahaja rekod yang membuktikan bahawa perbelanjaan yang dituntut adalah bertujuan untuk menjayakan kerjaya mereka sebagai selebriti.

Sebarang kegagalan dalam membuktikan perbelanjaan yang dituntut bertujuan untuk menjayakan kerjaya mereka boleh mendedahkan risiko taksiran tambahan oleh LHDNM yang mana jumlah cukai yang dikenakan mungkin akan menjadi lebih tinggi daripada jumlah asal.

Dalam hal ini sebagai pembayar cukai yang patuh hendaklah mengisytiharkan dan mengira sendiri jumlah perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan yang dilakukan pada Borang B.

Merujuk kepada kes percukaian selebriti atau artis ini, kontrak yang dimeterai di antara mereka dengan penaja atau syarikat rakaman, pengiklanan atau penerbitan merupakan kontrak yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya dibalas dengan sejumlah bayaran atau manfaat.

Justeru, pendapatan yang diperolehi artis ini dikategorikan sebagai pendapatan komersil atau perniagaan yang mana perlu dilaporkan dan artis tersebut wajib menghantar Borang B selewat-lewatnya pada 30 Jun setiap tahun taksiran kepada LHDNM.

Comments

comments

Related Post

Semua Perjanjian Mesti Melibatkan Mukhriz
TIADA LAYANAN ISTIMEWA BUAT SELEBRITI DALAM PEMBAY...
GALAKAN KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI BAGI POTONGAN C...
PM Selamat Tiba Di Tanah Air Selepas Lawatan Kerja...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...