Get $25 free
loading...

Helikopter bomba selamatkan 252 pelajar Orang Asli terkandas

252 pelajar Orang Asli terkandas di 4 pos pedalaman di Gua Musang selepas laluan darat menghubungkan penempatan mereka dan sekolah rosak akibat hujan.

heli

GUA MUSANG: Unit udara bomba berjaya mengangkut keluar 252 pelajar Orang Asli yang terkandas di 4 pos pedalaman di sini, bagi memulakan sesi persekolahan selepas laluan darat menghubungkan penempatan mereka dan sekolah rosak akibat hujan musim tengkujuh.

Komander pasukan khas udara bomba Penguasa Bomba Cik Hamdan Hamzah berkata 37 penerbangan ihsan menggunakan 3 helikopter unit udara bomba yang berpangkalan di Subang, Selangor dilakukan sejak operasi bermula Isnin lepas bagi menghantar pelajar terlibat ke asrama sekolah masing-masing.

“Pada awalnya dijangkakan 242 pelajar perlu diangkut keluar namun hari ini bertambah 10 orang menjadikan kesemuanya 252 orang pelajar dan operasi berjalan lancar,” katanya kepada pemberita di padang Pusat Sivik di hari ini.

Beliau berkata operasi di Pos Balar, Pos Bihai, Pos Belatim dan Pos Gob itu pada awalnya menggunakan 2 helikopter iaitu Agusta AW139 dan Agusta 109E sebelum sebuah lagi iaitu helikopter jenis MI17 ditambah hari ini.

Selain pelajar, Cik Hamdan berkata dalam operasi hari ini, seorang bayi perempuan Orang Asli berusia 5 bulan yang menghidap demam panas kritikal di Pos Gob turut dibawa keluar untuk dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang.

Beliau berkata penerbangan ihsan membawa Amana Safina Junaidi itu diiringi ibunya Sakila Seri, 26.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...