Get $25 free
loading...

66 Skandal Kerajaan Kleptokrasi DAP Pulau Pinang

Share This:

Seluruh rakyat Malaysia malah warga antarabangsa juga turut menunggu untuk melihat pilihanraya yang bakal kita hadapi. Pilihanraya kali ini adalah yang paling sensasi kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Barisan Nasional akan ditentang oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP walaupun pembangkang cuba mengambarkan individu tersebut adalah Mahathir.

Satu kumpulan sedang berusaha untuk mempertahankan kerajaan yang sedang membangunkan Negara dibawah Najib Razak dengan menutup segala lubang  kesengsaraan rakyat yang diciptakan oleh 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Kerajaan dan kumpulan pakatan  kleptokrasi sedang berusaha  bertungkus-lumus untuk menjatuhkan kerajaan sekarang dan menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya agar mudah mereka merompak kekayaan Negara mengikut telunjuk kuasa yang ada pada  mereka.

Siapakah yang akan menang nanti akan ditentukan oleh rakyat jelata yang bakal keluar mengundi pada PRU14 nanti. Setidaknya sekarang rakyat sudah melihat kerosakan yang telah dilakukan oleh  kumpulan Pakatan yang kleptokrasi di Pulau Pinang, Selangor dan sejarah 22 tahun Mahathir.

Apakah rakyat mahu memberikan Negara ini kepada  Pakatan yang tidak langsung memikirkan hal ehwal kebajikan rakyat dan hanya tahu menuding jari menyalahkan kerajaan tanpa mereka mampu melakukan apa juga idea untuk membantu walaupun dihadapan rumah mereka sendiri.

Bukan mudah untuk menjatuhkan kerajaan pakatan kleptokrat yang akan menggunakan segala kekuatan dan wang untuk membeli undi, melancarkan fitnah sepanjang masa dan membohongi rakyat dengan  kepelbagaian cara.

Tambahan pula, permainan politik perkauman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Kleptokrat ini  sudah tiada memikirkan kesannya terhadap polarasi kaum dalam Negara ini asalkan hajat mereka tercapai.

Segenap jentera kerajaan Pakatan Kleptokrat dari segenap cabang pula telah dikerah sepenuhnya. SPR bakal dijadikan mangsa oleh mereka jika didalam pilihanraya akan datang mereka menerima kekalahan.

Sebagaimana biasa mereka akan mengatakan SPR tidak telus dan berbagai tuduhan dilakukan terhadap SPR. Tetapi jika mereka menang SPR akan dipuji melambung dan mengatakan inilah SPR yang adil dan telus.

Bagi pihak kerajaan Barisan Nasional pula  terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam menghadapi PRU14. Yang penting, Kerajaan Barisan Nasional  harus bersedia zahir dan batin untuk bertarung di atas pentas yang penuh dengan agenda jahat pakatan kleptokrasi yang amat rakus untuk merompak negara.

Sebagai bukti yang nyata dan telah pun berlaku, dibawah ini disertakan bagaimana sebuah kerajaan Pakatan yang amat kleptokarsi telah menyamun harta negeri di Pulau Pinang. Kerakusannya sudah menyamai apa yang telah dilakukan oleh Mahathir.

Skandal-skandal kerajaan DAP Pulau Pinang 2008 – 2018

  1. Skandal penarahan Bukit Botak, Relau.
    2. Penjualan tanah tapak masjid di Bayan Bay
    3. Penyelewengan dan skandal rasuah duit Zakat PUZPP.
    4. Skandal pembayaran tanah laut tanpa kelulusan Kajian Kebolehsaknaan.
    5. Skandal tanah Taman Manggis dan KLIDC.
    6. Skandal ubah syarat tanah di Balik Pulau.
    7. Skandal pembelian banglo Ketua Menteri bawah harga pasaran.
    8. Skandal kilang haram di Sg Lembu.
    9. Campurtangan dalam soal fatwa
    10. Skandal penjualan 1100 ekar tanah kerajaan negeri kpd kroni.
    11. Skandal kelulusan projek lereng bukit.
    12. Banjir terburuk dalam sejarah negeri P.Pinang.
    13. Skandal kutipan sampah bernilai RM1.43juta
    14. Skandal penipuan hutang kerajaan negeri.
    15. 2000 pusat hiburan dan rumah urut berlesen dan haram di seluruh P.Pinang.
    16. Ratusan serbuan & tangkapan makmal dadah di P.Pinang.
    17. Pembelian anugerah MBPP dan MPSP palsu.
    18. Pelbagaj caj, kenaan dan kutipan baru diperkenalkan kepada rakyat.
    19. Kenaikkan harga dan surcaj air berkali-kali.
    20. Skandal membina dan mengecat laluan basikal di Georgetown.
    21. Skandal Kajian Kebolehlaksanan Projek Terowong dan PTP.
    22. Skandal tambakan laut di Gurney, Bayan Baru dan Teluk Kumbar.
    23. Skandal tanah runtuh di Tanjung Bungah.
    24. 25 kampung-kampung Melayu lenyap dan hilang.
    25. Perobohan gerai penjaja dan kedai makan.
    26. Anjur Pesta Arak secara terbuka.
    27. Gezetkan jalan khas untuk pesta arak setiap malam.
    28. Pemecatan Ahli Majlis dan JKKN Parti Islam SeMalaysia (PAS)
    29. Pembinaan rumah mewah dan mampu tengok di P.Pinang.
    30. Tiada rumah kos rendah atau mampu milik untuk rakyat.
    31. Kenakan sekatan dan birokrasi bina rumah kos rendah dan mampu milik.
    32. Menutup periuk nasi Nelayan pantai.
    33. Penjualan saham Pulau Jerjak.
    34. Memanipulasi angka hutang kerajaan negeri.
    35. Bergaduh dengan PAS
    36. Meminggirkan ADUN dari PKR dan DAP yg tak sehaluan.
    37. Gagal tunai janji-janji dalam Manifesto PRU12 & 13.
    38. Menaikkan harga sewaan tapak perniagaan sehingga 200 %.
    39. Tiada plan kecemasan menangani bencana – banjir.
    40. FDI merosot dari RM12bilion ke RM2bilion pada tahun 2016.
    41. Menanggung perbelanjaan kerajaan melalui penjualan tanah kerajaan dari 33% ke 8% baki.
    42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
    43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
    44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
    45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
    46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
    47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
    48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
    49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
    50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
    51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
    52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
    53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
    54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
    55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
    56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
    57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
    58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
    59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
    60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
    61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
    62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
    63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
    64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
    65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
    66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.

Walau apa sekali pun, jika rakyat bangkit untuk perubahan, tiada kuasa boleh menahannya. Negara kita perlu dilanda Tsunami politik untuk memecahkan benteng-benteng yang dibina oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan apa yang telah terbina dan menyusahkan rakyat  nanti.. Jika rakyat bersatu hati, tanpa mengira agama dan bangsa, segala benteng yang menghalang akan termusnah dan kita akan hidup dalam sebuah kerajaan Barisan Nasional yang kuat dan terus menabur khidmat kepada rakyat.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Kuasa keramat itu perlu digunakan untuk menyelamatkan negara kita daripada kumpulan kleptokrat yang akan memusnahkannya. Kita tidak mahu negara kita digadai di depan mata.Kita tidak mahu lahi tanah digadaikan kepada Temasek sehingga berbaki bawah 6% sebagaimana di Pulau Pinang.

Marilah kita, rakyat Malaysia, bersama-sama memerangi kleptokrasi dan menyelamatkan Malaysia. Tahun ini kita berpeluang membuat perubahan demi masa hadapan generasi akan datang. Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Peluang ini adalah peluang terakhir. Jika terlepas, tidak boleh diperbaiki lagi. Kita terpaksa tunduk kepada kuasa zalim untuk selama-lamanya.

Hapuskan sebuah pakatan kleptokrasi yang  tidak memikirkan hal berkaitan rakyat , difikiran mereka hanya ada wang dan kekayaan dan bagaimana untuk merompaknya di negara ini. Itukah Kerajaan Pakatan Pembangkang  yang diketuai oleh Kit Siang, Mahathir dan Guan Eng serta MB Selangor Azmin.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...